Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RESIPI: Masak ayam kepak madu dalam Air Fryer

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau ikutkan dah dua ke tiga kali kolin buat dalam air fryer. Rasanya lebih kepada ayam bakar lah. Tapi yang best, satu rumah tak berasap, satu rumah tak lekat bau paling penting ianya tanpa minyak. Sekarang semua kan nak jaga makan.  Caranya mudah sangat nak sediakan ayam kepak madu ini. Kalau memula dulu kolin buat hampir 20 ketul tau. Memang laris bila makan sekeluarga, maklumlah madu tu kan manis. Apa yang korang perlukan ialah:

Kepak ayam (ikut suka berapa banyak)
Kicap masin, madu secukupnya
Sedikit mentega 





Semua ini di gaul rata bersama ayam yang telah dibersihkan. Dah gaul rata, korang biarkan sekejap. Agak lama dah perap tu, masukkan ke dalam air fryer. Kolin beli yang Russel Taylor kat LAZADA. Masa tu ada jualan murah tak sampai RM200 pun.



Tapi tips tak nak asyik nak basuh aje. Alas lah dulu dengan aluminium foil. Sebab kalau korang alas, tak lah dia meleleh bahagian bawah tu. So tak lah kerap membasuh. Satu lagi, masa korang susun ayam tu, segala kuah madu, kicap, mentega tu kolin sira jugak atas ayam. Jadi macam berkuah la sikit kepak ayam madu, tak kering. Lagi senang, masa dah siap tu nak hidang senang sangat. Korang hanya perlu angkat aluminium foil dan letak atas pinggan. Haaa....senang kan. Inilah rupanya apabila ayam kepak madu yang dah siap tu. Terliur tau..itu belum bau wangi satu rumah. Bau..tapi tak lah berminyak asap macam kita grill selalu tu. 

Sesiapa yang dah ada air fryer sila guna habis baik tau. Jangan membazir bila dah beli simpan jadi 'tukun'. Siapa belum beli, rugi ...sebab lepas ini korang tak perlu goreng nugget atau bebola berdiri kat dapur tu weii. Sekarang anak-anak kolin senang sangat. Balik sekolah, buka peti ais, ambil nugget terus tuang dalam tu. Dalam 10 minit, 180 celcius..siap dahhhh nugget dan bebola. Tak payah minyak, tak payah guna api, anak kita pun boleh masak sendiri dah. Senang sangat sejak ada air fryer kat rumah. Maklumlah kita memandu jarak jauh, kekadang dinner tu tersasar kan. 

anyway terima kasih korang yang membaca entri ini. salam hari jumaat korang, semoga segala urusan korang dipermudahkan. 

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you