Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Resipi wajah cantik dengan MY Happy Mask


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak mahu kulit cantik? Kalau nak pakai mask atau masker muka mesti malas aje kan. Ye lah kalau nak tidur takut lupa pula nak tanggalkan masker muka tu kan. Kalau jenis peel off tu karang sampai ke pagi esok lah tak tanggal. Kalau jenis sapu-sapu jenis ‘clay mask’ nak kena pergi basuh bila dah cukup masa kan. Hah..!! memang malas. Jadinya bila kolin diperkenalkan dengan Happy Mask ini memang lah best. Produk ini dari Korea dan ianya diuji secara dermatologi. Maknanya memang bagus untuk kulit. Tahap lembapan yang tinggi sebab diformulasikan dengan AquaPlux. Nak tahu apa itu AquaPlux tak? Ianya adalah satu formulasi memastikan kulit di tahap lembapan terbaik dan sudah pasti meninggalkan kesan lembut setiap kali pengunaan. Ajaib kannnn…







Ada 3 jenis Happy Mask yang kolin ada. Antaranya ada Happy Sleeping Mask, Vitamin & Berry Complex untuk Brightening. Untuk pencerahan kulit wajah lah kiranya. Teksturnya yang lembut dan tidak berwarna membuat korang tak perlu risau akan terlekat di bantal atau pun selimut tau. Masker ini “transparent” ataupun lutsinar. Punya la wangi bukan nak kata, suka sangat bila disapu kat muka masa nak tidur tu. Untuk yang ini, ianya ada vitamin c untuk pencerahan dan antioksidan berry complex untuk menjaga dan melindungi kulit. Maklumlah dah sepanjang hari kita bekerja dan berada di luar dah semestinya kulit kita ini dah tercemar kan. Waktu nak tidur atau waktu malam adalah paling tepat untuk kita manjakan lah kulit kan.






Untuk yang kedua, kolin cuba Aloe Vera & Tea Tree, Happy Sleeping Mask. Yang ini untuk melembapkan dan juga melega kerengsaan kulit. Buat sesiapa yang ada masalah kulit macam jerawat tu, kolin cadangkan korang pakai yang ini. Diformulasi kan dengan ekstrak aloe vera, minyak tea tree sudah pastinya memberikan kesan yang maksima. Lagi menarik, ada juga Jeju Magma Sea Water untuk memberikan pelbagai mineral dan mampu mengawal pengeluaran sebum kulit wajah. Tau kan sebut tu boleh menyebabkan muka naik jerawat tau, berminyak !!!





Untuk yang tiada sangat masalah kulit, tapi ada masalah kulit kering, boleh cuba HA dan Ceramide bagi melembapkan kembali kulit kering. Ianya dalam gel yang ringan pastinya tidur malam korang tak terganggu pun. Ada ekstrak bunga ros dan juga vitamin E bagi memastikan kesan lembapan yang terbaik kulit akan dapat tau.



Inilah resipi untuk kulit sihat dengan My Happy Mask. Semudah dengan membasuh muka dengan bersih, sapukan rata-rata di keseluruhan muka, tidur mimpi yang indah-indah, bangun pagi esoknya barulah basuh Happy Mask. Suka tak! Kolin suka sebab setiap kali bangun tidur dan basuh muka terasa lembut sangat. Dah seminggu tau kolin pakai produk ini barulah kolin kongsi dalam blog. Nak semua orang cantik sama-sama lah kan. Kita tak kedekut okay…





Sekali lagi nak cerita, ianya produk korea dan di datangkan dalam paket yang kecil dan istimewa. Senang dibuka dan disimpan semula, ikutkan sepaket boleh pakai selama seminggu tau. Sebab bukan kita apply tebal-tebal pun masa pakai masker muka ni kan. Tapi yang best, bau wangi tak tusuk hidung, tekstur yang ringan dan kolin suka kesan pengunaan selepas seminggu. Kulit tambah best bila nak apply make up. Buat korang yang nak dapatkan boleh beli di Guardian yang terdekat dengan harga RM8.39 sahaja. Satu lagi jangan lupa ke Instagram mereka iaitu www.instagram.com/my_happymask tu. Mana tau korang nak join giveaway mereka kan. Untung dah sekarang nak cantik pun dah senang. Pakai mask, terus tidur…esok lawa macam Fasha ..eh!!!



Jangan lupa cuba okayyy



Love,



Kolin Zainal

4 comments:

  1. wah nak jugak. bestnya. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nk tunggu entry setrusnya. saya suka cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya. saya followers ke 78

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIIIII...thk you baca blog kita. Eh mana link blog awak..tak jumpa laa...nak follow balik huhu

      Delete
  2. dia jd mcm night cream lah ek sbb sleeping mask.. mcm best je ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. night cream dia berminyak kan. Yang ini tak langsung, paling best bangun pagi lepas cuci muka tu rasa lembut sangat...

      Delete

loving me..loving you