Assalammualaikum dan salam sejahtera
kolin rasa kebanyakkan dari kita pakai beli je pelan insurans kenderaan tanpa membuat kajian dan perbandingan. Buat makluman korang, sebagai pemandu kita boleh 'check' online pelan insurans kenderaan yang bersesuaian di www.piam.org.my atau www.malaysiantakaful.com.my (Motor Product Selector)
Kita kena belajar jadi penguna yang bijak tau. Tahu atau tidak, kini korang boleh 'customize' pelan insurans yang korang inginkan. Korang tak perlu lagi main ambil sahaja apa yang ditawarkan. Sekarang, kita semua dah ada lebih banyak pilihan produk mahupun pakej yang boleh kita pilih. Kita boleh bandingkan, bezakan malah ikutlah bajet masing-masing. Serius, kolin sendiri baru tahu! Alahai..dedulu memang tak ada ilmu, sekali ini kolin dan tahu tak sabar nak berkongsi dengan korang semua hari ini.
Selain itu, kita semua mainkan peranan sebagai pemandu yang berhemah dan selamat. Macam biasa lah kempen jalan raya sana sini tu, PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. Ikut had laju yang dibenarkan okay, kang kena saman. Jangan lah memandu dengan memegang telefon bimbit tu. Kalau perlu ada call masuk pakai lah 'handsfree'. Atau carilah pemegang telefon bimbit untuk diletakkan di hadapan. Jangan pegang, jangan bermain mesej dan jangan buat video dalam kereta semasa memandu, bahaya! Ini fakta ye, korang tahu atau tidak 40.7% kemalangan adalah disebabkan pemanduan melebihi had laju, 1/4 kemalangan berlaku pula disebabkan pengunaan telefon bimbit semasa memandu. Ini semua boleh elak kalau kita sendiri berubah dan menjadi pemandu yang lebih baik.
kalau dah ada pelan insurans yang bagus, sikap yang memandu pun dah bagus, korang janganlah pula abaikan kenderaan tu. Kena servis ikut waktu, perhatikan keadaan tayar dan sebagainya. Lagilah 'lady driver' atau pemandu wanita macam kolin. Korang ini penting ye!! fakta 44,000 kemalangan adalah disebabkan kenderaan yang gagal diselengara. Masalah tayar, brek, stering, enjin dan kalau nak disenaraikan memang panjang lagi kolin membebel. Kolin yang tak reti pasal kereta ini memang cukup masa aje hantar ke bengkel, senang. Kita nak selamat, kita tak boleh lah malas.
Buat semua yang membaca, anda kini patut mainkan peranan anda sebagai pemandu yang berhemah, pemilik kenderaan yang bertanggungjawab dan pengguna yang bijak untuk menikmati perlindungan yang lebih bermanfaat.
Jaga diri dan semoga kita semua mendapat pelan insurans kenderaan
yang berpatutan dan memenuhi kehendak masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.malaysiantakaful.com.my/Phased-Liberalisation/FAQs-on-Liberalisation-of-Motor-Tariff.aspx
#PlayYourRole
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you