Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jom hantar bunga kepada yang tersayang dengan FLOWER CHIMP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ucapkan dengan bunga!! Haa maksudnya apa sahaja acara atau perayaan korang boleh dah hantar bunga kat kawan-kawan, yang tersayang dan sesiapa jua yang teristimewa. Korang dah boleh bayangkan betapa senangnya nak pilih jambangan bunga yang mana dan hantar terus. Semuanya di hujung jari dan dalam talian tu. Flower Chimp menawarkan perkhidmatan mereka serendah RM89 sahaja. Bersempena hari kekasih atau hari ibu pun ada. Melangkah dengan lebih berjaya mreka telah menawarkan perkhidmatan sehingga ke 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk lah Sabah dan jua Sarawak. Kan mudah untuk kita kan, nak hantar bunga tak perlu nak fikir lokasi tu mereka sampai atau tidak. Dengan perkhidmatan ini, sudah pasti sampai dan tentunya orang yang tersayang dapat bunga tersengih-sengih bahagia.



Perkhidmatan penghantaran secara percuma lah membuatkan Flower Chimp lebih istimewa. Tiada had perbelanjaan tempahan tau, berapa sahaja kos yang korang pilih, tiada kos penghantaran. Malah korang boleh jua meminta penghantara pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1.00 tengahari bagi kejutan atau surprise kepada yang tersayang. Menurut Pengasas Flower Chimp iaitu, En. Maximilian Lotz, mereka masih baru dalam perniagaan penghantaran bunga secara dalam talian ini. Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun, mereka telah pun menjadi pilihan No. 1 di Malaysia, Indonesia dan jua Filipina dalam perkhidmatan hantar bunga dalam talian ini. Kalau korang nak tahu, makin ramai orang Malaysia dah romantik lah kan hahahah. Selalu sambutan hari lahir ker, sambutan ulangtahun kat pejabat selalu nampak orang dapat bunga. Bagus juga kan..memupuk kasih sayang sesama insan hihihihi 



Flower Chimp telah berjaya menambat pelaburan berjumlah RM6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuk Asia Venture Group (AVG) sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar mereka menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Hebat betul kedua pemilik iaitu Maximilian Lotz dan Ketua Pegawai Operasi iaitu Niklas Frassa. 


Siapa sangka pasaran penghantaran bunga cukup hebat kan. Kolin sendiri seronok kalau meraikan apa-apa hari istimewa dengan menghantar bunga. So korang yang mana nak tahu lebih lanjut, mana lah tahu korang nak mula order untuk yang tersayang. Kat Malaysia ini lah link mereka ya.







Nanti dah order lupa share kat SocMed tau. Teringin nak tengok jambangan bunga mana yang korang pilih tu. Anyway, birthday sis hujung bulan ini tau. Ada tak sesiapa yang nak hantar bunga kat I?

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you