Assalammualaikum dan salam sejahtera
Peminat-peminat Tony
Roma's dijemput baca okay. Siapa yang belum pernah makan di sini pun
mari lah baca. Buangkan stigma korang yang makan kat sini MAHAL. Eh
kalau lepas kolin kongsi ini mesti korang terkejut dengan harga mereka.
Tak mahal tau. Lagi pula sekarang mereka ada promosi terbaru iaitu 'spin
& savour' tu. Tapi untuk masa yang terhad sahaja, sehingga
pertengahan September 2018. Buat yang nak berjimat dan mendapatkan nilai
wang ringgit terbaik, masa ini lah korang kena terjah dan makan di
sini.
Menu
Tony Roma's Spin and Savour mempunyai tiga jenis daging yang
dihidangkan bersama makan sampingan atau side dish. Kolin memang dah
jatuh cinta dengan Lamb Skewer (RM48) yang dihidangkan. Macam gambar kat
bawah ini, daging kambing penuh tu tau diperam dengan bahan-bahan
istimewa mereka. Untuk melengkapkan lagi 'skewer' ini, ia dihidangkan
bersama Tortila Wrap dan kentang goreng. Macam gambar kat bawah ini.
nampak macam tak cukup kan! Cara makan korang tarik keluar lidi tengah tu, wrapkan semua daging tu dalam tortilla wrap itu dan makan. Kolin percaya nak masuk daging yang kedua tu korang dah kenyang. Ini kambing tau, bukan nak tipu memang sedap dan lembut sangat. Berbaloi buat peminat daging kambing ke sini.
Gambar bawah ini pula ialah Chicken Skewer (RM35) yang ada dua 'chicken skewer' yang diperam dengan rempah fajitas. Kalau korang tak tahu apa itu, kena lah rasa. Rasa penuh mewah atau juicy ini memang best. Ada nasi, sayur brokoli sekali dengan sos khas pedas-pedas dari mereka. Tak tahu nak kata, tapi kalau korang makan memang mak mertua lalu belakang tak perasan.
yang ini pula ialah Beef Skewer (RM42) yang dihidangkan dengan pasta. Digaul rapi dengan basil, tomato pesto, chipotle dan siap dengan Asian Cheese untuk memikat hati orang di Malaysia. Dengan semua hidangan dan harga yang telah kolin kongsikan, pasti korang terasa eh..macam sama aje harga makan kat tempat lain tu kan. Lagi best, untuk masa terhad korang boleh main putar-putar roda yang disediakan. Nasib korang baik boleh lah menang hidangan yang bernilai RM180 untuk di makan. Nasihat kolin, putar roda tu dahulu baru order makan okay!
Inilah roda tu, masa masuk kat sini. Panggil dulu warga mereka yang ada dan putar dulu roda tu. Pelbagai ganjaran tau, silap-silap korang hanya perlu order air sahaja tau.
Cerita pasal makan aje kan, nak cerita juga pasal hidangan air istimewa dari mereka. Hari itu kolin cuba Pina Mango Swirl (RM19.72), tapi kalau yang tak mahu ini korang ada beberapa pilihan iaitu Pina Strawbery Swirl ( RM19.72), Pineapple & Grape Blast (RM18.77), Cranberry Mojito (RM18.77) atau Mint & Fruit Dream (RM18.77). Ini semua ala-ala koktail buah-buahan aje tau. Fancy kan, kalau korang nak buat sambutan apa-apa boleh lah pertimbangan ke sini. Seronok dan paling best unikkk
Untuk makluman korang, semua menu ini akan berada di pasaran dari 18 Julai 2018 sehingga 11 September 2018 sahaja. Kepada sesiapa yang nak cuba Spin and Savour, boleh datang setiap hari termasuk sabtu dan ahad juga tau. Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk 10% caj servis.
Selain semua ini ada juga promosi terbaru bagi yang minat Tacos. Ada Lamb Tacos (RM21), Shrimp Tacos (RM23) dan Beef Tacos (RM19).
Tacos atau maksud di dalam Mexican Spanish ialah 'light lunch'. Sesiapa yang tak mahu makan berat-berat boleh lah cuba hidangan ini. Oh..paling sedap, onion ring mereka. Setakat yang kolin dah rasa memang lain dari yang lain. Nak cuba..order yang itu okay. Semua ini ada dari 1 Ogos 2018 sehingga 11 September 2018 di semua outlet Tony Roma's yang berdekatan dengan korang.
sekarang dah baca habis entri kolin, rasa mahal ker murah makan di Tony Roma's. Kalau kolin lah, rasanya berbaloi sangat. Sesiapa yang tak mahu makan nasi, lebih kepada diet berdaging, silakan ke mari. Kalau yang mana nak tahu lebih lanjut mengenai promosi ini lah lah ke laman web mereka dengan klik di bawah:
Pastikan korang bawa keluarga korang ke sini dan nikmati hidangan mereka yang terbaru ini sementara masih ada promosi. So tips, putar roda tu dulu baru order tau hahahahah. Kolin dah rasa, dah makan dan cadangkan korang patut pergi ya.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you