Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kolin suka dengan agensi ini, tak putus-putus sebarkan kebaikan buat semua yang beragama Islam. Inilah dia Pusat Pungutan Zakat Wilayah atau dikenali sebagai PPZ-MAIWP telah melancarkan satu kempen khas bagi penbayaran zakat melalui portal iaitu Jom berzakat @zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).
Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu medium memudahkan kita semua berzakat. Kalau korang nak tahu agensi ini sangat mengalakkan kita semua menjalankan kewajipan berzakat bagi meningkatkan ekonomi lebih ramai Asnaf. Kita semua yang berzakat ini tak perasan kan, tapi sebenarnya zakat korang tu banyak membantu golongan yang memerlukan. Kutipan pembayar zakat melalui kaedah ini adalah bagi memudahkan semua membayar zakat secara online. Terus buka komputer atau dari telefon bimbit pun boleh kita tunaikan kewajipan kita, ala 2.5% dari pendapatan kita pun. Kalau ikutkan cara pengiraan yang pernah dikongsikan beberapa kali mudah sahaja. Nak senang pergi aje laman web mereka dan ada kalkulator mengira kat situ. Nak lagi best, pergi kaunter mereka, sentiasa membantu tau.
Dan sekali lagi, bagi mengalakkan orang ramai berzakat mengunakan medium ini, 20 hadiah telah disediakan, tajaan dari SeriGroup Global Sdn. Bhd. Hadiah ini boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu bulan Ogos, September dan jua Oktober dengan cara yang amat mudah. Bayar zakat melalui online menerusi Portal PPZ-MAIWP iaitu www.zakat.com.my. Terus korang dapat peluang untuk menang hadiah tau, Sesi penyampaian hadiah kepada 60 orang pemenang akan disampaikan pada Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.
Objektif ini dilancarkan bagi mengalakan para peniaga online yang dalam IG dan FB tu. Korang berniaga sendiri pun patut menunaikan kewajipan berzakat tau. Apa lagi, hanya klik pada link www.zakat.com.my/kempen dan klik butang BAYAR ZAKAT ANDA. Ataupun korang boleh imbas QR Code yang ada dalam poster untuk ke link tersebut. Bayar zakat dan korang boleh menang hadiah, terima kasih buat penaja!
Pelancaran kempen yang penuh gimik dan meriah ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, turut hadir Pengarah SeniGroup Global Sdn. Bhd., Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Sdn. Bhd, Encik Muhammad Khalif Samsudin. Selain itu, kempen Jom Berzakat @zakat.com.my, pihak agensi akan berusaha mempergiatkan pengunaan media sosial rasmi mereka bagi menarik lebih ramai netizen untuk mengetahui kewajipan berzakat. Sepanjang tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak agensi mensasarkan lebih 4,500 pembayar baru tau. Ingat nak sertai kempen ini mudah sahaja, masuk link www.zakat.com.my/kempen sahaja. Dari Ogos sehingga Oktober 2018, mana lah tau boleh menang hadiah kan. Sambil korang mengutip pahala melaksanakan kewajipan, ada juga pihak korporat yang sudi menaja hadiah. Ini semua kerjasama !! Sukaaa...
PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat
Love,
kolin zainal
lepas ni dah takde alasan untuk tak membayar zakat. semoga makin byk bantuan utk asnaf di wilayah persekutuan nnt :)
ReplyDelete