Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kolam Renang Sri Siantan di Selayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Kolin dah jumpa dah aktiviti untuk kami sekeluarga. Disebabkan cuaca panas kan, kami semua terasa nak swimming. Tapi kita rumah mana ada kolam renang kan. Ini dia kolin nak kongsi dengan korang, kolam renang awam yang terletak di Selayang. Kolam renang Sri Siantan ini adalah di bawah jagaan Majlis Perbandaran Selayang tau. Dan paling best, rumah kolin dengan kolam ini hanya lah 10 minit sahaja nak pergi. Itu yang suka sangat tu, dapatlah anak-anak 'polish' balik skill berenang mereka kan. Kolin pun boleh lah bersenam sikit, maklumlah musim sekarang panas nak pergi jogging. Jadi minggu ini kolin tukar lah, kita pergi berenang. 


bebudak sepet nak swimming


Inilah dia keadaan kolam renang Sri Siantan yang terletak di Selayang. Tempat parking agak terhad, so kalau nak datang boleh rujuk jadual kat dalam entri ini ok. Ada gambar jadual dan lain-lain pemberitahuan. Bayaran untuk dewasa RM4 seorang dan kanak-kanak RM2 seorang. Ada kolam kanak-kanak, manalah tau korang tak tahu nak bawak pergi mana petang-petang tu baik ajak berenang kan. Kolam renang kanak-kanak okay juga, cuma lupa snap gambar





Kolam dewasa paling cetek dalam 1.2 meter. Paras dada kolin lah, dan besar sangat kolam tu. Tak lah berebut-rebut tempat nak berenang. Yang 1.8 tu, kita takut hahahahha..walau boleh float.

Kat sini kena pakai 'swimming cap' so pastikan korang beli sesiap sebelum datang. Kat tepi kolam ada kedai, tapi mahal lah sikit. Satu lagi tak boleh bawa makanan masuk. Nasihat kolin bawak air masak dan roti boleh kut. Bukan lah berkelah beriya-iya tu, sekadar nak alas perut boleh lah kan. 


suka lah bebudak kan berenang


Sesiapa yang tinggal kawasan berdekatan, boleh lah datang dan cuba aktiviti berenang pula. Kalau korang nak masukkan anak-anak korang kelas berenang pun boleh lah. Kat sini korang boleh tengok budak-budak belajar berenang dan kalau ada bajet boleh join kelas. Inilah serba sedikit informasi mengenai kolam renang ini. Susah betul kolin cari dalam FB dan blog, kurang orang kongsi pasal tempat ini. Jom manfaatkan tempat awam ini untuk riadah sihat kita bersama okay. Harap Majlis Perbandaran Selayang teruskan ada tempat-tempat riadah macam ini. Best !!!





Ini serba sedikit notis yang ada kat kaunter nak beli tiket tu. Satu lagi, selipar kena tinggal di luar di hadapan kaunter ini ada tempat letak kasut. Nasihat kolin, pakai selipar buruk-buruk tau, takut ada yang saja tukar selipar korang tu. So nanti ada masa kita jumpa sana ye, yang pasti kolin sekeluarga memang suka dah tempat ni.


Love, 

kolin zainal







4 comments:

  1. cuaca panas dpt swimming mmg best sgt la...aku pernh p kolam renang awam yg kt s.alam..tisya and cousin die sakan la mandi manda tp tu la panas hehe..bdk2 bkn kira..janji dpt mandi pool

    ReplyDelete
  2. Very good info. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

loving me..loving you