assalammualaikum dan salam sejahtera
Bertuah dapat jemputan melihat sendiri kemeriahan pakej perkahwinan di H Garden Cafe yang terletak di Kuala Lumpur. Nak senang korang boleh lah waze untuk ke sini. Buat pengetahuan korang semua Cafe ini adalah di bawah Wedding Studio Sdn. Bhd. yang menawarkan pelbagai pakej perkahwinan buat pasangan yang ingin merancang majlis mereka.
Bagi yang nak tahu, One Stop Wedding Planner ini telah lama pun bertapak di Lot HB88A, Ground Floor, Plaza Jelutong, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, Shah Alam. Beroperasi dari Selasa ke ahad, dari jam 12.00 tengahari sehingga 9.00 malam ini sudah semestinya memberikan korang pelbagai tawaran malah lokasi yang berlainan untuk dipilih. Antaranya cafe yang kolin datang ini, ataupuan di IDCC, Grand Bluewave atau Summit Hotel USJ. Wedding Studio juga ada lokasi di KL korang.. ini lah yang terbaru yang memuatkan 800 orang pada satu masa iaitu H Garden Cafe yang terletak di kawasan Chan Sow Lin
Kalau nak cerita pakej perkahwinan yang ada memang banyak. Tapi kolin cerita yang paling disukai ramai okay. Untuk perkahwinan dalam Taman di Tengah Bandaraya Metropolitan ini iaitu di H Garden Cafe, korang boleh pertimbangkan 500 pax orang makan dalam RM21,000 sahaja. Ada baju bersanding, make up, Pa System, Pengacara Majlis, Kompang, Pelamin, Photographer, Videographer, Kek 3 tingkat, pelayan tetamu, meja VIP, ada banyak tempat letak kereta dan paling best..luar cafe boleh pasang khemah juga uolsss.. so senang sangat, tak bersepah rumah nak kemas. Lepas majlis boleh pergi hotel untuk bermalam yang juga ada dalam pakej. Itu yang kolin nak kongsi tu, kalau best korang order sebelum 31 Oktober 2018 dapat FREE dua ekor kambing golek atau 2 Piece Live Band Performance. Okay bab live band aku tak tipu, sila tengok IG aku...dia punya penyanyi berdua tu meletoppp
Kalau mana yang ragu-ragu, mereka telah pun menjalankan perniagaan ini semenjak tahun 2009. Kalau nak lagi best, buka sahaja laman Facebook dan Instagram mereka. Korang mesti suka sangat tengok pakej yang ada. Kalau tak ada masa, call terus di talian 012-4292806, 012-4978827 atau 017-2377449. Senang kan!
yeahhhh the boots from Zalora Malaysia
bagi lah pegantin lama posing kat pelamin kan hahahaha
family potrait ....
Ini kalau nak buat majlis, tapi kalau korang saja nak datang dan melepak sambil makan malam santai bersama keluarga. Di Cafe ini ada juga menyediakan beberapa menu ala carte untuk korang sekeluarga. Kolin suka konsep cafe ini yang sesuai untuk seisi keluarga. Mana mencari tempat makan yang baru, nak cuba, nak rasa, sila ke Cafe ini tau. Jangan lupa ajak keluarga ye.
Terima kasih H Garden Cafe dan semoga korang yang merancang perkahwinan tu boleh semak dulu dengan mereka. Apa pun kolin harap pengkongsian ini memberikan korang satu lagi pilihan untuk makan dan berkenduri okay !
semua malam tu memang sporting dan gegila perangai. Memang best sangat melepak kat sini. Dan harap korang jangan lupa singgah FB dan IG mereka okay. Search sahaja Wedding Studio Sdn. Bhd.
semua malam tu memang sporting dan gegila perangai. Memang best sangat melepak kat sini. Dan harap korang jangan lupa singgah FB dan IG mereka okay. Search sahaja Wedding Studio Sdn. Bhd.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you