Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hati berbunga-bunga dapat SEJAMBAK BUNGA !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk korang yang tak tahu, aku adalah seorang yang suka sangat bunga. Zaman kolin bercinta-cinta dulu kalau boyfriend tak pernah bagi aku bunga, hatta sekuntum memang aku sekejap aje lah berkawan hahahahah. Bunga kegemaran kolin ialah Casablanca, macam lily putih tapi bau semerbak. Masa kolin bernikah dulu, bilik tidur pengantin pakai bunga ini sepenuhnya. Agak mahal, tapi memori dan kepuasan hati tu sangat-sangat terasa. Jadinya...dedulu boifren lah bagi, kawan ada juga, sekarang ini hubby dan anak-anak lah bagi. Dema tau mami dema suka sangat bunga, walau pun kadang-kadang orang kata membazir kan. 





Tapi entri ini nak hargai kawan kolin yang susah payah order bunga tau. Siap buat surprise hantar kat opis kita hahhahaha. Wei masa aku dapat bunga ni kan Cik Paris, aku terpinga-pinga gilerr!! Giler ah ko...Tapi aku suka, suka betul dengan kejutan ko kali ini. Menakjubkan sangat ko kan hahahhaha




Ini lah kad ucapan Cik Paris tulis, alahai terharu aku. 



Kolin sejenis yang hargai sangat kawan, kawan aku kebanyakkan kawan lama dah. Kalau korang perasan aku dah tak berkawan dengan orang yang pernah aku rapat dulu tu, maknanya aku yang pilih lah tu. Aku buat pilihan tak mahu berkawan dengan orang yang aku tak mahu kawan ..haa faham tak??!! hahahhaha. Anyway, terima kasih Paris....aku sayang ko..semoga kita terus berbahagia dan membahagiakan antara satu sama lain. Insya Allah.....


Love, 

Kolin Zainal


p/s: Sorry lah kita bukan jenis order sendiri, hantar kat diri sendiri hahahahhaaha. 

6 comments:

  1. ps yang akhir sekali tu win kan..sebab ada jer yang buat cenggitu..attention seekers betul la..oiii Paris...x nak bagi kat hakak jugak ke....kejam tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada orang ngata i masa dapat bunga hari tu. sejenis tak boleh orang bahagia..jiwa sakit

      Delete
  2. so sweet dapat bunga, cantik pulak tu bunganya...

    ReplyDelete

loving me..loving you