Assalammualaikum dan salam sejahtera
Ikutkan masakan ini mudah sangat kan. Kolin saja nak kongsi juga sebab manalah tau korang yang datang singgah blog ini nak idea nak masak apa kan. Kupang ini kolin beli frozen aje di Pasaraya Sri Ternak ala-ala NSK tu. Murah dan senang, sebab segalanya ada. Ini kupang dari Australia bukan tempatan tau. So isi dia pun rasa lain sikit, lebih padat. So kalau korang pergi beli dalam RM12 sahaja satu paket sebanyak yang ada dalam kuali tu. Murah kan! Pada kolin murah dah sebab yang tempatan punya pun sekilo dan berbelas ringgit. Mungkin dah susah nak cari bukan macam dulu-dulu bersepah sana sini kan. Masak pun senang giler...korang boleh tengok aje video kolin nak masak tu. Jangan lupa klik link youtube kolin dan subscribe tau. Terima kasih daun keladi !!
Cara nak masak senang sangat !! Semua ini korang hiris okay.
Bawang merah
bawang putih
halia
cili merah
cili padi
serai pun boleh ketuk masuk kemudian atau hiris sekali
kicap tiram dan sos lada hitam
Semua bahan yang senang ini korang adun masuk macam kolin masak dalam video itu. Percayalah anak-anak akan suka sangat lauk yang ini. Kolin dedulu masa anak kecik-kecik dah ajar makan begini, jadi dah besar senang. Antara lauk kegemaran lah, kalau masak sure dah wangi semerbak satu rumah dan anak-anak tunggu nak makan nasi. Terima kasih sudi baca pasal resipi simple okay.
Salam sayang,
kolin zainal
Selalu sis masak kupang macam ni..suka beli kupang frozen dari luar..sebab isi besar2 dan padat..
ReplyDeletesaya tak pernah try masak kuppang sebab tak reti, tapi bila dah ada resepi ni bolehlah cuba
ReplyDeletesedap.. suka masak mcm ni.. ratah gitu pun sedap
ReplyDeleteMCM mana nk subscribe link Tu ye
ReplyDelete