Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas Pulau Pinang

Assalammualaikum korang semua !!!

Aku ada satu perangai hahaha, pergi kedai makan sedap dan suka kongsi kat sini. Macam rasa tak 'aci' aje nak simpan dalam perut sendiri. Kalau tak sedap kekadang share juga, tapi lebih suka bagitahu kat tuan punya kedai supaya dia boleh baiki kelemahan mereka. Tapi yang ini sedap laaaa, ini kolin jumpa masa balik raya kampung raya cina yang lalu. 

Restoran ini kat tepi jalan aje, yang penting dari jauh memang dah nampak berasap-asap dah. Maklumlah mereka memang bakar ikan, daging, kambing, sotong dalam kadar yang banyak. Tempat makan pun banyak jangan risau. Cuma kalau dah waktu puncak memang padat lah wei. Lauk pauk segala macam ada, siapa yang nak ke utara dan nak rasa betul-betul 'authentic' atau asli punya, mai sini weii. Hampa sure tak menyesal !!! 

RESTORAN IKAN BAKAR DIN



ini antara ikan, daging, sotong yang dah siap bakar. Korang ambil pinggan dan ambil la ikut suka. Ayam RM10, Sotong dalam  RM10, RM15 atau RM20, ikan siapkap RM40 hari tu, Keli ikut saiz RM5 ke atas.


Korang tengok sendiri lah harga dalam gambar tu. So cadangan kolin kalau tak ada duit banyak ambil ikan ekonomi tu boleh juga. Yang penting melepas gian nak makan kat sini.


Dah ambil daging ker apa ker, boleh beratur kat papan tanda warna merah tu untuk dia potong. Haaa...baguskan


lauk pauk lain ada juga, ulam-ulaman usah cakap lah wei. Pilih aje apa yang korang nak makan. Siap ikan kari pun ada. 

Tu diaa...air asam satu tupperware besar weiiii. Sini memang semua dalam bekas besar-besar. Sambal belacan ada, sambal tempoyak ada, sambal kicap ada, korang pilih aje lah ikut selera.



Gulai kawah daging jangan lupa!!! Kalau sup pun pelbagai sup ada tau. Memang boleh kita kata nak makan sini ONE STOP CENTRE. Masa nak pilih lauk tu sampai naik pening hahahahah. Semua benda aku nak makan !!



Dalam banyak-banyak lauk kami ambil kerang rebus, sotong bakar, kambing bakar dan jua daging harimau menangis. Bil dia tak silap kolin dalam RM60+ kolin lupa dah. Agak mahal lah jugak, korang nak pergi time gaji okay kut. Tapi memang hidangan dia mengiurkan tau. Sedap.....bukan biasa -biasa huuuuu



Itulah dia Restoran Ikan Bakar Din yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Memang terbaik dan sudah pasti balik kampung nanti confirm singgah sini. Memang berbaloi. Korang kalau ke Penang, jangan makan tempat-tempat viral tu, tak best !! Try explore tempat baru dan jangan lupa share okay. 



Review Ikhlas,

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. alaaaaaa...sedapnyaaaaa....sajer jer kan..lapar tengok semua makanan tu..rasanya harga tu reasonable..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. weii..mai lah kepala batas...hahahah sure ko suka makan situ

      Delete

loving me..loving you