Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PRESTASI PPZ-MAIWP 2019


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Buat semua korang-korang yang sudah melaksanakan ibadah berzakat TAHNIAH buat semua ya. Kali ini kolin nak berkongsi mengenai Prestasi PPZ-MAIWP untuk tahun 2019 yang telah pun mengumumkan kutipan zakat bagi tahun lepas 2018. Pengumuman telah berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Everly Putrajaya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof. Ditemani oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan / Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.




Buat makluman korang, PPZ-MAIWP adalah merupakan institusi zakat yang menguruskan KUTIPAN ZAKAT manakala Majlis Agama  Islam  Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Baitulmal-MAIWP MEMBUAT AGIHAN secara langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.



REKOD KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP BAGI TAHUN 2018:



Bil
Perkara
2018 (RM)
2017 (RM)
%
Kenaikan 2018/2017
1
Kutipan Zakat
+ 6%
Bil
Perkara
2018
(Jumlah orang)
2017
(Jumlah orang)
%
Kenaikan 2018/2017
1
Pembayar Zakat
180,958
169,372
+ 7%




Untuk semua kutipan zakat yang telah diterima, pihak Baitulmal-MAIWP akan mengagihkan mengikut seperti di bawah:


- bantuan kewangan bulanan

-bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah

-bantuan pelajaran kepada anak-anak

-bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan

-bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan 



Manakala bagi  menjamin kelangsungan pendidikan kepada semua golongan pihak Baitulmal juga menyediakan kemudahan seperti di bawah:



1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.

2. SMA- MAIWP Labuan

3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.

4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan

5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan

6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda

7. Darul Ilmi di Sungai Penchala

8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak

9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah 



Manakala bagi Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula:



1. Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim

2. Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.

3. Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf

Oleh itu bagi tahun mereka menyasarkan kutipan sebanyak RM710 juta dengan pembayar seramai 190 orang di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.



Antara perancangan PPZ-MAIWP bagi tahun 2019 adalah:


·Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat.

 
· Kempen Penambahan Potongan Gaji


· Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.

 
· Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan.

 
·Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.

 
·Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat.

 
·Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan.

 
· Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.

 
· Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat.

 
·Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat.

 
·Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.

 
·Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat.

 
· Kempen Skim Thohir di sektor awam.

 
· Kolaborasi bersama pihak luar.

 
· Menambahbaik saluran bayaran zakat.

 
·  Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).

 
· Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.

 
· Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan.

 
· Program–program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan.

 
. Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.






Sesuai dengan slogan mereka ”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat” kolin percaya sasaran mereka bagi tahun 2019 mesti dapat tercapai kan. Kolin doakan supaya PRESTASI PPZ-MAIWP 2019 akan lebih gemilang dan lebih ramai lagi yang ada kesedaran berzakat bersama agensi yang betul iaitu PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAIWP yang bertauliah. Yang baca entri ni, dah berzakat ker tuuuu??!



Love,



Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you