Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SLINGAPP BANTU GOLONGAN MUDA MENCARI PEKERJAAN



Assalammualaikum korang semua ! Di hari jumaat ini kolin nak kongsi dengan korang semua satu Aplikasi baru buat yang mencari pekerjaan iaitu "SLINGAPP" haaa mesti korang macam pelik apa laa aplikasi kolin nak kongsi ni kan...Baca terus okay..kalau bukan tuk korang, mungkin boleh bagitahu kawan-kawan atau adik-adik kita yang lain tu...







Aplikasi mencari pekerjaan ini telah pun bertapak di Malaysia dan mensasarkan lebih daripada satu juta padanan kerja dari 10 jenis industri untuk golongan muda yang berumur dari usia 18 sehinggalah usia 30 tahun menerusi usahasama terbaharu dengan program eRezeki yang telah pun dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital  (MDEC). Ianya adalah satu program bagi membantu isi rumah yang berpendapatan rendah untuk jana pendapatan menerusi plafform digital.


 Aplikasi dalam talian atau dikenali "Tinder untuk Pekerjaan" ini dah sememangnya terbukti dapat membantu semua golongan muda mencari pekerjaan yang sesuai. Korang boleh cari yang eksekutif, sepenuh masa mahupun separuh masa. Latihan Amali pun korang boleh cari melalui aplikasi ini. So pendek kata yang baru lepasan Universiti tu cepat-cepatlah gunakan ye. Rugi kalau tak guna!


Pengasas bersama SlingApp, Teh Tian Ji yang merupakan rakan kongsi program eRezeki, inisiatif kerajaan di bawah MDEC pada 15 November 2018 terus berhasrat melancarkan pelbagai kempen untuk golongan B40. Ianya bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbentuk digital untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri di Malaysia sendiri. 

Mesti korang nak tahu kejayaan aplikasi ini kan. Untuk makluman korang semua sejak pelancaran 2017 mereka telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan 2,000 syarikat yang mempunyai nama besar seperti Digi Communication, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Romas dan Public Mutual. Malah mereka iklan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi SlingApp tu. Ini kiranya terpulang pada korang lah yang berumur bawah 30 tahun nak mencari kerja tu. Malas ker, rajin ker weiii !!!


Nak tahu lebih banyak mengenai aplikasi ini, mana lah tau dah tersebar ke negara lain ke kan. Korang terus ke link ini www.slingapp.my untuk maklumat lanjut. Kat website itu korang boleh baca segala prosidur yang perlu. Baca dan fahamkan sebelum membuat apa-apa okay. Pendek cerita aplikasi ini memang kolin rasa terbaik untuk yang mencari kerja baru :)

Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

  1. Bagus ada apps gini kan dapat bantu belia kita.. good sharing Kolin..

    ReplyDelete

loving me..loving you