Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ZACT Whitening Tooth Paste untuk gigi putih dan penghapus bau mulut !

Assalammualaikum korang semua, kolin harap hari Selasa hari ini memberikan sejuta kebahagian kepada semua yang sudi mengunjungi blog sendu kolin ni ye. 

Hari ini nak berkongsi pasal ubat gigi ZACT. Siapa pernah pakai? Haa kolin pernah laa, lelagi suami kolin yang seorang perokok. Yang kita kuat minum teh dan kopi ni jangan lah ingat gigi pun tak jadi kuning ye. Itu sebab ada dua variasi ubat gigi ZACT yang kolin nak berkongsi hari ini. Teh dan kopi tuuu ada pigmen yang tinggi dan boleh buat gigi kita nampak kotor dan nafas berbau tau. Nak selamat korang minum lah air masak ajelaaaa




ZACT adalah salah satu ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang terkemuka dari Lion Japan. Menjadi produk oral No. 1 di Jepun dan ada dalam pasaran selama 127 tahun buat makluman korang yang tak tahu. ZACT Whitening dah pun jalani ujian makmal dan boleh memutihkan gigi kita 2 kali lebih baik dari ubat gigi biasa tu. Rasanya sejuk dan berpudina tau, so boleh hilangkan bau nafas yang tak enak tu juga. 


Ianya ada florida mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih. Kuatkan gigi malah menghalang kaviti. Dan selamat yee digunakan untuk setiap hari juga. Kolin suka guna sebab kolin ni kuat makan sambal dan kari. Tu kadang nak tangkap gambar, senyum nampak gigi malu aje kuning-kuning. Guna ini dah 2 minggu makin lama dah makin okay sangat. Harga murah sahaja RM5.85 untuk 90gram dan RM7.75 bagi 150gram, ekonomi dah sangat tu. 




Korang sekarang pergi cek gigi masing-masing  ye. Kalau kuat benar minum kopi, teh, makan sambal, kari dan merokok tu boleh cuba ubat gigi ini. Try dulu kalau okay, share dengan semua orang. Ingat!! Senyuman kita penting tau...senyuman pembuka rezeki awal bagi. So bangun pagi, gosok gigi dan senyum lebar lebar biar nampak gigi putih tu....


Adios,

Kolin Zainal  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you