Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR wangi betul lah !

Assalammualaikum korang semua !!!

Dah mandi ker belum tu?! CARRIE JUNIOR memang satu jenama yang kolin memang suka sangat guna. Dan buat kali ini kolin nak share dengan korang semua CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR iaitu dalam bentuk sabun mandi yang super wangi!! Sabun buku yang ada hiasan imej 3D Carrie yang timbul di permukaan ada 3 warna terang yang menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru. Dan kolin dapatkan untuk si Alisa Maisara warna biru. Bau wangi tu, kat luar kotak dah boleh bau uuiiii.






Sabun Gliserin adalah sabun yang lembut pada kulit. Gliserin tu minyak tumbuhan semulajadi yang mempunyai PH yang lebih rendah. Ianya bagus untuk Alisa yang bergerak aktif kan..maklumlah dah darjah 4. Memang kalau beli sabun yang pam-pam tu laju aje abissssss. Teringin pulak nak try yang jenis sabun buku ni. Tapi yang penting ianya tak kasar untuk anak kita lah.



Kulit tak kering tau pakai, kekal aje lembab. So anak kita selesa lah bermain atau ke sekolah kan. Ada 3 aroma iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk. Harga cuma RM4.00 sahaja wei...murah sangat. Beli lah kalau mak-mak nak jimat kan. Beli yang jenis pam tu sampai RM10. Sabun buku pulak takut ada yang tak sesuai. Yang keluaran terbaru Carrie Junior ini confirm anak-anak boleh guna. So ibu-ibu macam kolin cuba yaaaa...Tak rugi pun cuba sekali untuk berjimat kannn.


Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you