Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent dengan 5x kuasa cucian

Assalammualaikum semua ! Kalau dah jiwa mak-mak semua benda nak cuba betul tak. Kalau dapat cuba dan dapat jimat lagi best. Barang berkualiti dan yang pasti kita nak yang terbaik. Pakaian atau baju memang kolin basuh hari-hari lah. Mana boleh cuti sehari pun, kalau tak cuci sehari sure penuh bakul dan mesin. Disebabkan itu pencuci baju sangat lah penting. Pantang ada yang inovasi best memang kolin cuba. 





Kali ini kolin cuba TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent dengan dos kecil, cucian berkuasa dalam masa lebih singkat dengan 5x cucian tau. Punya power  hahaha. Tapi serius, korang mesti suka sebab satu penutup kecil ya. Satu botol kecil tu boleh basuh guna untuk 45 kali cucian. Haaaa pusing mesin basuh tu 45 kali, sebotol. Berbaloi ker tidak! Enzim turbo yang bertindak pantas dapat mengeluarkan kotoran pada baju dengan cepat tau. 

Teknologi pencuci baju ini kolin suka sebab dapat hilangkan bau sebum atau peluh. Maklumlah suami kerja luar, anak-anak ke sekolah, kekadang tak boleh elak lah berpeluh tu kan. Lain ler kolin, duduk aje dalam pejabat ni. Kalau pakaian korang tu nak basuh guna 'Quick Wash' boleh nak guna yang normal wash pun boleh. Tak ada masalah pun, cecair dia lebih pekat kalau korang perasan lah. Tak cair macam pencuci pakaian yang lain sebelum ini. 


TOP TurboClean yang mula mendapat tempat di hati mak-mak macam kolin ni sebab satu botol 900g tu adalah untuk 45 cucian tau. Dah lama kecil, senang dan harganya cuma RM20.15 sahaja. Kolin dah beli satu botol dan cuba untuk sebulan ni. Memang setakat berpuas hati dengan bauan dan kadar pembersihan.

Mana mak-mak yang malas nak sental tu, boleh guna yang ini lah untuk basuh baju anak-anak bau peluh tu. Setakat ini ada dua bau iaitu Power Fresh dan jua Power Bloom yang bau bunga tu. Kalau dah beli botol sekali, kali kedua korang beli aje isian semula iaitu RM16.45 sahaja untuk satu pek. 

Dah ler kawan-kawan oii, jom kita basuh baju. Kolin sehari cuti basuh baju memang tak boleh duduk.

Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. Kak Sue pun hari-hari mendobi.. tak suka kumpul-kumpul. Tambah sekarang cuaca panas kan sakan mendobi. Baru tau ada sabun baru jenama Top.. boleh lah cuba nanti nie..

    ReplyDelete

loving me..loving you