Assalammualaikum kesayangan semua! Hari ini dah Jumaat, bermakna esok dah cuti 2 hari. Buat korang yang tak tau nak kemana cuti ni, kolin nak bagitau tempat baru untuk korang explore bersama kesayangan okay. Penginapan kolin 2 malam di
Resort Awana Genting Highland
Memang destinasi sesuai untuk sekeluarga. Nak murah, booking melalui Agoda okay, kolin memang booking guna aplikasi tu aje senang. Jangan lupa download apps tu kalau nak senang
Penginapan kali ini kolin menginap di Tower Hotel di tingkat 23. Memang cantik pemandangan padang golf dan nature view gitu. Buat yang terasa panas duk KL, pergi lah naik bukit hujung minggu ni. Dekat aje pun...dalam sejam atau 45 minit memandu dari KL. Harga kalau kena gaya boleh dapat RM180 untuk satu malam di Tower Hotel yang menempatkan 2 katil queen tau. Tapi kalau rasa tak nak, boleh booking unit kondo tu, satu bilik dalam RM250-RM300 melalui Agoda. Cantik juga, ada ruang sofa, dapur dan bilik. Sesuai untuk datang sekeluarga dan tak mahu ruang sempit.
ini dua katil queen tau
Inilah antara gambar bilik dan kemudahan bilik hotel yang kolin menginap nak share dengan korang. Boleh kan...lawa dan semua baru-baru fasiliti dalam bilik. Ada peti sejuk juga, tempat gosok baju ada, peti simpanan bernombor ada dan pengering rambut pun ada juga. Berus gigi tak payah bawak semua disediakan.
ini pemandangan balkoni kolin. siap ada bangku nak melepak
inilah Tower Hotel yang kolin duduk tu dari luar hotel
kat dalam kawasan hotel ini penuh dengan spot menarik untuk si kaki perasan posing macam aku. So korang standby kamera okay, tangkap gambar banyak-banyakk.
Itu lah dia tempat kolin tidur selama 2 malam. Simple aje, makan pun sedap, kalau korang ke sini jangan lupa ambil dinner or lunch buffet okay. Rugi la menginap tapi tak try buffet mereka. Kalau hari lain boleh lah makan area Gohtong tu or pergi aje GPO makan kat sana. Lupa nak bagitau, dari Awana Hotel ada FREE Shuttle ke GPO. Jadinya korang tak perlu drive pun nak pi GPO. Dari pagi sampailah jam 12 malam ada shuttle tu. Seronok weii melepak GPO malam-malam...sejukkk!!!
Buat yang nak menginap di hotel tempat sejuk-sejuk. Book kat Agoda atau call lah ye. Kolin prefer Agoda lah..senang dan murah!
Nanti kalau kolin tidur hotel lagi, kolin kongsi yee !!! Thank you Tower Hotel, Resort Awana Genting Highland sebab sediakan penginapan yang super selesa buat seisi keluarga.
Yang suka tidur hotel,
Kolin Zainal
heyyyy...tido hotel tak ajak pun...tp quite affordable jugak harga dia...sesuai la dengan lokasi
ReplyDeletehotel murah aje weii
DeleteBest la tido hotel..kita ni takde sapa nak ajak tido hotel..sedihhhh
ReplyDeletejgn tunggu orang ajak SA, kita pergi sendiri. Me time tuuu
Delete