Assalammualaikum semua. Sambungan dari Part 3 dah naik bot dan dah sampai Gili Trawangan. Benda pertama tour guide kami Mr. Bagus (ni nombor telefon dia +62 852 0518 6403) cari basikal untuk kami. Mulanya kami semua tercenggang-cenggang kena naik basikal ker. Akhirnya kami akur sebab kalau korang ke sini nak ronda pulau Gili Trawangan tu memang kena naik basikal. Tak ada motor, tak ada kereta !!! So mengayuh la kami beramai-ramai.
Banyak tempat kami berhenti atau singgah sebenarnya. Baru perasan kalau nak best kena menginap di Gili satu malam lah. Tapi kami akan pulang selepas lunch. Ada baiknya duduk tanah besar, kan Lombok terkenal dengan gempa. So terpulang lah korang nak duduk Gili satu malam ker tidak. Nasib memasing lerrr....
Lagipun kami semua dah lama tak mengayuh basikal wei. Itu yang macam-macam rintangan kami hadapi. Tapi kami tetap bagi kata semangat satu sama lain, sebab apa!! Sebab Gili Trawangan berbaloi untuk semua sakit lutut dan panas denting tu. Baru jam 10 pagi dah panas macam apa weeiiii...
sewa basikal tak termasuk dalam pakej. Jadi sewa untuk sehari 100,000 rupiah sahaja. Boleh laaa...kan. Bila kau kayuh dan nampak tempat macam ini. Berhenti weii...posing bergambar 80 kali tu pun tak puas-puas hati tauu. Pulau ni cantik...tak ada motorsikal. Yang ada kereta kuda dan juga basikal sahaja.
Puas hati mengayuh, puas hati berpeluh bila tengok pemandangan pulau di sini. Kolin rasa puas hati, tak tau lah nak cerita macam mana cantiknya pantai kat sini. Ada rezeki korang pergi okay. Cuma baru-baru ada gempa lagi dan 2 rakyat Malaysia terkorban. Susah hati laa kan...nak suruh korang pergi pun rasa bersalah. Cuma kolin rezeki laa..tak jadi apa masa mengembara kat sana.
lelawa kann gambar. Nak tau supir atau tour guide kami si Bagus tu lah. Dia lahh bertanggungjawab untuk semua gambar lawa. Nampak kan gambar lelaki tu, dia lah si bagus tu. Kolin rekemen sangat korang amek dia kalau libur di Lombok.
Banyak sangat gambar weii takut korang muntah. Sesudah berbasikal punya lama, sampai haus amat wei. Dah la panas, pusing pulau agak jauh juga. Bila rasa dah abis pusing, kami pun terus makan tengahari kat tepi laut. Makan semua dah dalam pakej yang kami bayar sebelum ini. Moh lunch uolsss
Makan nasi berhidang tau. Lauk sedap-sedap dan suka sangat pedas-pedas kat lombok ni tau. Dah selesai makan kenyang-kenyang kami terus ke Masjid untuk solat. Kalau kat sini memang senang sangat nak solat sebab banyak sangat surau dan masjid. Kat sini kat terkenal dengan nama pulau seribu masjid. So memang best kalau time azan tu dengar merata-rata.
selesai solat dah hampir jam 2.30 petang masa tu, kami pun balik ke tanah besar balik. Duk Gili Trawangan pagi ke tengahari sahaja weii. Tapi cukup puas laa..best oii naik basikal hahaha
Jom sambung part 5, dah panjang sangat ni. See you all soon!
sis rindu lombok,
kolin zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you