Assalammualaikum semua. Lama betul tak update kan, maklumlah kolin memang sibuk awal-awal tahun. Okaylah hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua satu tajuk iaitu pembuli di pejabat atau 'office bully'. Mesti korang terfikir ada ker dalam opis si pembuli. Hellooo...kalau kat sekolah ada pembuli, jangan ingat di pejabat tiada tau. Pembuli biasanya yang berpangkat lebih dari kita dan bergaji lebih dari kita. Cuma mungkin dia kurang "KASIH SAYANG" itu sebab dia suka membuli orang rendah dari dia. Bab hati yang ada di dalam seseorang tu susah kita nak nilai. Hanya yang Esa sahaja tau. Tapi wujud ye korang !! Wujud!
faham tak gambar atas tu. Si pembuli dalam pejabat mereka akan menyukarkan kerja kita. Dia akan buat kita susah, sampai kita tak boleh bernafas dan akhirnya kita berhenti atau beredar dari situ. Itu lah pembuli, bila kita bertindak mereka akan ingat kita cabar dia. Tapi tau tak, kita dah stress dan hampir hilang pedoman dengan tindakan buli dia tu. Bila lah orang begini nak dapat hidayah ye.
Tipu lah kolin tak pernah lalu menda gini. Lalu ...tetap lalu, kadang kita tak faham apa sahaja yang dia tak puas hati dengan kerja kita buat. Kalau tak kena, minta tegur elok-elok. Tapi teguran yang dibuat 'membunuh' dan buat orang lain macam tak ada maruah. Kalau bukan Islam memang tak lah kisah, tapi ini Islam suka hati membuli. Malu nak mengaku orang Islam.
Kolin akui agak emosi dengan masalah pembuli di dalam pejabat ini. Percaya atau tidak swasta ada, malahan kakitangan awam pun ada juga. Kalau tidak, suratkhabar tak lah kongsi satu fakta yang ramai orang stress atau tertekan ke tempat kerja. Saranan kolin, korang dapatkan khidmat nasihat atau bantuan ye. Cari kawan-kawan dan kalau perlu pergilah ke kaunselor. Jangan malu ke kaunseling, sebab ini semua bakal membantu kita menanggani stress kita dengan lebih baik. Kolin harap kita semua dijauhkan dari pembuli di tempat kerja yang taksub dengan jawatan 'pinjaman' dunia ni. Semoga semua orang dapat berkerja dengan baik dan teguran hendaklah berhemah bukanlah menjatuhkan maruah!!
HENTI PEMBULI DI PEJABAT !
yang anti-buli,
Kolin Zainal
kat mana2 pun akan ada spesies camni..
ReplyDeletemmg ada pembuli di pejabat...akan buat mangsa jd stress and akan berhenti huhu
ReplyDelete