Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Gunalah Verify Plus Online untuk semak latar belakang syarikat dan individu


Verity Plus Online, platform pertama di Malaysia untuk semakan dan pengesahan latar belakang syarikat dan individu 'bermasalah'

Pernah tak korang terfikir sebelum nak hired atau mengambil seseorang itu bekerja nak semak latar belakang individu tu dahulu? Satu kajian terlah dijalankan oleh syarikat telekomunikasi daripada negara Scandinavia pada 2016 telah mendapati Malaysia merupakan negara paling berisiko tinggi dalam kes penipuan talian atau online di rantau ini. Takut tak???! Hakikat memang ramai tertipu beratus ribu ringgit pun dalam surat khabar hari-hari kita baca. Dan kebanyakkan yang kena tipu ialah 'peluang bekerja dari rumah'. Malahan Menteri Komunikasi dan Media, Tuan Gobind Singh Deo menyatakan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman mencatatkan 8,319 kes penipuan siber yang mengakibatkan kerugian hampir RM300 juta di negara kita sendiri.

Oleh itu VERITY INTELLIGENCE SDN. BHD. adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan saringan dan pengesahan latar belakang terkemuka di Malaysia dan Singapura. Malah Verify Plus Online telah di lancarkan website mereka iaitu www.verifyplusonline.com sebagai platform bagi membantu mana-mana syarikat atau individu memeriksa latar belakang pekerja mereka sebelum di ambil pekerja. Untuk kita pula kalau korang nak bekerja di mana-mana syarikat boleh lah semak sebelum masuk terima kerja tu. Cek syarikat tu, okay ker tidak kan. 

Pengasas platform Verify Plus Online, Mark Leow membangunkjan platform ini dengan harapan supaya Malaysia menjadi negara lebih selamat. Dan paling bagus korang boleh cek penipuan di internet, pusat asuhan yang baik malahan kecurian identiti pun boleh dihentikan. Ada juga golongan profesional yang mengunakan sijil palsu kan. Semua ini boleh di semak mengunakan platform ini. 

Dengan pelancaran VPO, kita boleh menyemak dengan kos yang minima iaitu RM140 sahaja.  Syarikat yang ditubuhkan dari tahun 2010 ini mempunyai 500 lebih pelanggan dan telah berjaya menjalakkan semakan latar belakang ke atas 100,000 individu. Daripada jumlah tersebut 90% daripada semakan dijalankan oleh golongan majikan untuk memeriksa dan mengesahkan latar belakang para pekerja mereka bagi mewujudkan suasana bekerja berisiko rendah dan selamat. 
   
Antara lain Platform VPO yang telah dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia ini juga berhasrat membantu syarikat PKS menyaring bakal pekerja manakala pemilik premis memeriksa  latar belakang bakal penyewa mereka.  Malah menurut Mark, platform ini juga boleh digunakan secara berkesan oleh golongan ibubapa  untuk memeriksa latar belakang penjaga atau pengasuh anak mereka sebagai langkah keselamatan sebelum menghantar anak mereka ke sesuatu tempat asuhan. Dengan VPO juga korang boleh buat semakan ke atas diri sendiri secara berkala untuk memeriksa rekod kewangan dan tidak berlaku sebarang kecurian identiti. Dan jangan risau, VPO juga mematuhi akta perlindungan data peribadi (PDPA) dan laporan lengkap dalam masa 1 hingga 5 hari waktu bekerja tau. Inilah perkongsian kolin hari ni, so mana mak-mak nak hantar pusat pengasuh tu, nak tau ok ker tidak, berdaftar ker pusat tu, boleh lah try service ini. Malahan nak ambil orang jaga kedai ker, jadi bibik kat rumah ker, pun boleh jugak tau. 


Yang kongsi cerita,

kolin zainal




1 comment:

loving me..loving you