Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KEMPEN PEMERIKSAAN KESIHATAN GUSI 1 JUTA GUMBATTE 2019 dari Systema



Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi untuk Bantu Menambah Baik Kesihatan Oral Rakyat Malaysia, Kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia   
Tau atau tidak sebanyak 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi? Kalau korang tak pasti sila lah layari www.gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma demi gigi dan gusi yang sihat. Percuma !!

Ini adalah salah satu laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma dan sebahagian dari kempen kesedaran dan pendidikan kearah pemeriksaan kesihatan gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, ianya secara kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.  


Kempen Gumbatte ini dilancarkan oleh Dr. Norliza Bt Mohamed, yang bertanggungjawab sebagai tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian bersempean Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli belah 1 Utama baru-baru ini. Tau tak kenapa kempen Gumbatte? Kalau nak tahu ianya diambil bersempena kata semangat dari perkataan Jepun iaitu "Ganbatte" bermaksud ada boleh melakukannya. Oleh itu, jom korang semua sambut niat murni kempen ini untuk kita semua menjaga kesihatan oral yang lebih baik dan mana tau gigi kita boleh kekal sampai umur 60 tahun sebab langkah kesedaran yang kita ambil dari sekarang. 

Sistem  Anti-Plak Systema mengabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria merbahaya walaupun di dalam poket gusi. Dan bulu berus tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi. Dah ada penyelesaian tau, untuk sakit gusi dan korang jangan lah tak ambil perhatian tau. Sekali kena merana!



Untuk kempen ini pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dilantik untuk memastikan lebih ramai orang ramai mempunyai kesedaran mengenai pemeriksaan gusi. Mereka berdua percaya dengan ini mereka dapat menarik perhatian orang ramai untuk menjaga oral mereka. Systema turut mengagihkan 10,000 ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan berus tirus 0.02mm bagi menyokong kempen ini di seluruh negara. 


Ayuh korang semua jadilah yang terawal dari 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat. Harga produk untuk buat gigi Systema hanya RM12.55 dan berus gigi RM7.80 sehingga RM12.55. Murah kan!! Pergi beli sekarang okay dan jaga gigi, gusi kita untuk kesihatan sendiri!

Love, 

kolin zainal

1 comment:

  1. sedang guna systema ni juga kolin , rasa best pulak kan :)

    ReplyDelete

loving me..loving you