Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Semarak rasa Ramadan di Terazza Brasserie dan Melati di DORSETT GRAND SUBANG

Assalammualaikum semua sekali ! Biasa lah dah nak berpuasa lagi 2 minggu lebih kurang ni banyak undangan promosi untuk berbuka puasa. Antara yang sempat kolin hadiri ialah di Dorsett Grand Subang. Hotel ini kolin suka sebab parking kereta senang, itu yang suka tu. Tapi nasihat kolin pergi lah awal tau. Lagi satu siapa yang pernah makan di sini memang akan suka masakan di sini. Pujian buat chef dan krew mereka. Untuk Chef Zainal Ahmad, Executive Sous Chef dan Chef Bustami, Sous Chef memang terbaik. Jujur kolin cakap dedulu ada menginap sini 2 malam tau. Makanan mereka memang terbaik, hidangan cukup rasa dan memang meriah. Tapi kali ini kolin datang untuk preview buffet berbuka puasa bermula 6 Mei 2019 nanti.





Menjanjikan hidangan serata-rata Malaysia dan memberikan pelbagai hidangan untuk korang nikmati. Antara menu yang bakal buat korang terliur ialah Briyani Gam Johor, Mangga Muda Penang, Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan, Gulai Tempoyak Patin Pahang, Sotong Sumbat Terengganu, Gulai Kawah Kelantan, Ikan Bakar Kuala Perlis, Tetel Asam Pedas Melaka, Lemak Pisang Muda Selangor dan pelbagai lagi lah. Tapi jangan lupa menu istimewa mereka iaitu Sup Tulang Gear Box dan Kambing Golek Berempah. Meh korang kolin belanja gambar hihihi








yang sebelah tuuu..sotong sumbat sedap gila


yang ini pembuka selera weii..mana boleh tak ada...


Masa menaip ni kolin tengah buat puasa ganti..terus perut meraung bunyi lapar hahah. Dugaan kannn...korang pergi lah dengan kawan-kawan tau. Kalau manis dengan family sekali. Tempat berbuka ini sangat selesa dan sudah tentunya meninggalkan kenangan manis.


thk you kak anie, roza dan pakcik sudi makan sesama..kita berlatih berbuka puasa ye. Nanti berbuka betul-betul tak lah rasa kekok kan.



 Untuk semua ini harganya ialah RM165 nett (untuk Terraza Brasserie) dan RM155 nett di Melati Room. Tapi sementara nak berpuasa ini ada 'early bird promotion' iaitu RM99.90 untuk dewasa bermula dari sekarang sehingga 5 Mei 2019. Dan 25% diskaun akan diberikan untuk baucer sehingga baucer habis tertakluk pada syarat dan terma. Untuk lebih maklumat dan penempahan korang boleh email kepada bookfnb@subang@dorsetthotels.com atau call mereka di 03-56316060. Kalau nak purchase online pun boleh iaitu di http://dorsettbooking.com/ramadan-overview.php untuk tempah beramai-ramai mana tau kan. Sekali korang dah rasa hidangan kat sini, sure akan teringat. Macam kolin lah, memang suka betul hidangan dan cara masakan chef kat sini. Sedap betul !




ni seksyen untuk anak-anak, sure suka giler weiii





Semoga perkongsian hari ini memberikan korang satu lagi tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Kolin memang niat dah nak bawa family dan rakan ke sini. Apa salahnya hari minggu, kita cuti masak dan berbuka di luar. Surau ada jangan risau..nanti lepas makan kita balik buat tarawih okay. Selamat berpuasa ganti buat siapa yang masih buat ya. Kolin tinggal 2 hari nak ganti, tu nak pulun minggu ni. Doakan kolin sukses ya!!!


this is friend becomes family..#kawansampaimati
terima kasih DORSETT GRAND SUBANG

Salam sayang, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you