Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 6 : Trip to Lombok

Assalammualaikum korang semua. Kali ini episod terakhir (aku tipu) tau hahaah. Trip cuma 3 hari 2 malam, tapi bila bercerita berepisod dah macam cerekarama dah. Untuk yang nak baca part 5 klik situ okay. 

Untuk hari terakhir kami di bumi Lombok, kami bangun awal untuk subuh. Sini cepat terang, so bangun memang awal. Bila dah bangun awal, buka pintu dekat hall besar-besar best betul. Melayan perasaan dengan angin laut, dengan kedamaian sekitar resort dan lihat orang tempatan melakukan rutin mereka. Kami siap posing depan suite buat kenang-kenangan. Maklumlah dah tau last dah, memang pose tahap gaban hahahhaha. Tu depan suite kami..melepak memalam memang syok!!!



Selesai pose, kami terus ke kolam renang. Ada dua tau, kalau ikut dalam internet tu kolam lain, tapi yang itu dalam pembinaan lagi. Kami ke kolam infinity..tak ada orang hahaha. Kolam tu kami yang punya. Please korang, jangan muntah tengok gambar semua okay! totally missed lombok too much masa menaip wei. Insha Allah pergi lagi nanti. 

Dan ini lah infinity pool mereka !!! Lawa nak matiiii

Korang kena faham tau, kami posing maut ni semua ada kamera dan tripod hahahaha. So tak ada tukang tangkap gambar. Set kamera dengan timer dan terus lari posing. Itu yang macam-macam gaya. Dan tips kalau semua kaki posing macam kami, bawa lah tripod dan jua monopod. Tak rugi usung tau.



memang lawa sangat kan. Kebetulan tak ada orang lain melepak pool hari tu. Ini pun awal sangat wei, tak silap belum pukul 8.00 pagi pun lagi hahahaha. 

we are creating memories!



Selesai mandi manda, kami terus pack barang dan bersiap check out. Siapa nak ke Lombok boleh consider tempat ini. Memang kolin suka sangat. Sesuai tuk sekeluarga dan mendamaikan. Kalau kat gili trawangan memang lah happening dengan kelab malam bagai. Di Mataram ini lebih mendamaikan dan selesa lah. Buat yang nak melepak-lepak melepaskan stress, ini yang terbaik. 





Tempat pertama supir kami si Bagus tu bawa ialah Masjid Agung di Lombok. Tersergam gagah berwarna kuning dan kalau korang kat situ boleh tengok kesan gempa kuat yang lepas. Pecah dan abis atas tu pecah-pecah jubin. Ikut cerita Bagus, masjid ini dibina ehsan dari kerajaan Arab Saudi. Tu yang besar sangat tu, ada tabung kat sini, korang sedekah la RM atau RUPIAH tau. Jangan lupa sedekah masa ke sini. Kalau dapat solat lagi bagussss


aksi ini jangan ditiru hahaha...ini dia pengorbanan untuk satu gambar yang lawa


 inilah gambar nyaaa..lawa kan..ala-ala come and follow me gitu!

Habis lawatan di Masjid Agung, kami di bawa ke kilang seramik dan kraftangan. Kat sini memang cantik-cantik lah. Tapi malas nak usung hahaha sebab beg dah kemas cantik kan. Kolin aim nak beli batu lesung Indonesia, sekali alu ada..ibu nya tiada. Terus tak jadi nak buat sambal gesek kalau di Malaysia. Kat sini termasuk dalam pakej, kami belajar buat seramik kecil wei. Comel sangat. Kolin nak buat untuk yang tersayang, jadi buat bekas abu rokok lah. 




nampak takkk senyuman manis iolsss


Dah siap pun...siap ukir nama kolin dan suami hahaha. Terasa sweet lah sangat !!! Dah tu boleh bawak balik tau, jenuh letak dalam kereta nak bagi keras hahahahha.

Kemudian kami terus ke Kampung orang asli di sini. SADE ini memang tempat budaya dan ada sesetengah masih menginap di sini. Ini lah rumah asal orang lombok. Nak tahu lantai rumah tu dibuat dari tahi lembu. So kami memang malassss nak masuk sebab malas buka kasut kan. Sini banyak persembahan budaya dan pelbagai hasil kraftangan dijual. Agak mahal tau. Dan kalau nak ke sini memang kene upah tour guide seikhlas hati. Kolin bagi 50k rupiah hari tu. Rezeki abang tu laaa



Tips kat sini, tour guide tu akan pura-pura tak pernah lihat duit Malaysia. Haaa lepas korang bagi seringgit dia akan cakap, eh RM5 ada...saya tak pernah tengok. So korang cakap aje tak ada..ada seringgit aje. Itu memang taktik lapok mereka yang nak RM dari kita. Faham ke tak fahammmmmm


atas tu rumah simpan padi...memang kat sini tangkap gambar lawa. Dan kalau nampak makcik-makcik tua niaga tu kalau kesian boleh beli. Tapi nasihat aku tak payahhhhh beli ! senyum aje okayy.. Dah abis tour kat sini kami terus ke tempat lain. Maklumlah fligh kami malam. Itu yang pulun hari ketiga, sebab hari pertama kami sampai lewat dan dah rugi tak buat aktiviti apa pun. 

So bersambung la part 7 sebab banyak lagi tempat hahahha. Nak sambung dah panjang sangat pulak entri ini. Di SADE ini ada satu pokok, dinamakan pokok cinta. Jangan lupa bergambar kat sana tau. Terima kasih membaca uolssss


Love, 

Kolin Zainal





2 comments:

  1. gigih gila kau kak buat banyak part...hahahaha...tapi bestnya dapat pi berjalan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..itu laa..nak episod 7 dah ni..mcm2 nak cerita sangat..amek ko hahahha

      Delete

loving me..loving you