Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bawa keluarga, teman untuk iftar bersama di BANGI GOLF RESORT

Assalammualaikum korang semua!! Macam biasa Bangi Golf Resort memang tak akan miss dalam senarai kolin berbuka bersama keluarga tercinta. Sebab apa tak pernah miss, sebab kat sini memang ekonomi sangat ! Murah dan kalau teringin nak makan beramai-ramai pun tak lah terasa kos besar sangat. Menawarkan harga pada serendah RM59.00 nett untuk dewasa dan RM29.00 nett untuk kanak-kanak. Kat mana dalam bandar nak dapat murah gini wei! Memang murah ! Nak tempah sila ke website https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/ bermula dari 6 Mei 2019 nanti. Nak mudah korang call sahaja 
1 700 81 8557 untuk menempah. Kalau nak mudah lagi search laman media sosial mereka di Facebook dan jua Instagram okay. 



Menghidangkan hampir 200 seleksi menu hidangan  buat semua pengunjung macam biasa BGR (Bangi Golf Resort),  daripada masakan tradisional melayu termasuk la masakan barat. Tapi tahun ini istimewa di BGR ialah 'Kebun Dalam Bandar' mereka. Ianya adalah kebanggan terbaru dari BGR tau. Semua ulam-ulaman di tanam sendiri dan kalau korang nak rasa makan lah nasi kerabu yang dihidangkan dalam buffet ramadhan tu. Semua ulam-ulam itu adalah organik dan dipetik sendiri oleh chef-chef di BGR. Malahan warna biru nasi kerabu juga dari bunga telang yang ditanam di kebun mereka. So semua ulam-ulam dalam buffet adalah organik! Tanam sendiri dan jamu kepada semua pengunjung. 


ini cik timah aka mama

kak anie dan juga aini

Antara menu-menu lain yang menambat selera ialah kambing bakar, sup kambing mamak, satay ayam dan daging, kueh teow goreng, mee mamak, nasi ayam, laksa singapura, ipoh hor fun, ayam varuval, kari ikan tenggiri, daging kambing masak hitam, nasi kukus, saus vide eggs, spaghetti, sup cendawan dan pelbagai lagi buat korang semua. Dah lah murah, hidangan pun banyak. Buat anak-anak ada pelbagai manisan dan aiskrim. Buah-buahan tempatan dan import pun ada.  

















Kalau minuman tu..ada banyak pilihan. Yang menjadi kegemaran sepanjang ramadhan air tebu pun ada juga tau. Itu kalau kita pergi sekeluarga sesekali tak masak kan syok. Makan bersama keluarga sambil mendengar dendangan kumpulan ghazal yang ada kat sini. Dan bab nak solat jangan risau, surau disediakan. Malahan tandas juga dah diupgrade. Cukup selesa untuk warga emas juga. 



band yang bakal menghiburkan kita ketika berbuka puasa !! 
Comel suara adik tuuuu

kelainan di sini, dah ada tempat anak-anak bermain. So korang boleh makan dengan tenang dan biarkan mereka bermain di sini


alisa maisara dan dea marissa makan durian 

bagi laa chance kami sesekali nak bersemut gini hahahah. Tempat ini memang sesuai untuk sekeluarga tau. BGR is the best !



Tapi kalau ke buffet ramadhan seperti biasa saban tahun kita pesan JANGAN MEMBAZIR. Makan ikut kemampuan. dengan itu korang boleh lah bersama dengan BGR dan Food Aid Foundation dalam menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dan diberikan kepada yang lebih memerlukan. Lagi seronok setiap orang yang datang berbuka disini pihak BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungan sepanjang Ramadan ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Dah lah berbuka harga berbaloi, sambil berbuka dapat juga korang rebut pahala. 

Untuk semua yang nak datang sini, jangan risau sebab parking kereta ada 800 petak ye dan ianya percuma. Dan masa kolin pergi preview atau pra tonton ramadan di BGR ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi sponsor semasa preview minggu lalu. Mereka ialah Feteandfiesta www.instagram.com/photobombkl 
Nilai Cotton Candy www. instagram.com/nilaicottoncandy
Durian - Durian Hill www.instagram.com/durianhill_official 

Dan untuk IG BGR klik sini okay www.instagram.com/bangigolfresortofficial

Pergi lah sekali, sure tahun depan datang lagi (sama macam kolin!)


Love,

Kolin Zainal

1 comment:

  1. BGR is the best place for family gathering during ramadan.. tempat parking banyak, makanan banyak, surau pon dah lebih besar dari dulu.. tahniah BGR!

    ReplyDelete

loving me..loving you