Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Baju raya untuk wanita comel dari ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW

Assalammualaikum dan salam hujung minggu buat semua pembaca blog kolin. Bertuah sangat hujung minggu yang lalu, kolin di jemput menyaksikan koleksi baju raya dari ADRYSSA ATELIER. Yang lebih istimewa koleksi mereka menampilkan selebriti Serina Redzuan iaitu anak kepada Chef Selebriti tanahair yang paling kita semua sayang iaitu Chef Wan. Siapa sangka Serina bergabung dengan mereka bagi melahirkan baju-baju raya 'ready-to-wear' untuk wanita yang bersaiz biasa sehingga laa wanita bersaiz comel. 






Jadi buat kawan-kawan kolin yang comel jangan risau, tak perlu diet sangat sebab baju raya meletops dah tersedia dalam koleksi mereka sehingga ke 4XL tau. So kalau orang kurus boleh bergaya dengan bling-bling dan pelbagai design terbaru korang pun boleh juga. Lagi manis baju-baju raya mereka berwarna-warni dan bakal membuatkan korang berseri-seri di pagi raya. 

Bertempat di Flora Hampshire Kuala Lumpur, acara fashion show ini telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari pengasas Adryssa Atelier iaitu En. Norman Anwar dan juga ucapan alu-aluan dari Serina Redzuan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Ezlynn dan juga Sharifah Zarina. Dapatlah kami semua melepaskan rindu menyanyi dengan mereka. Lagi syok mereka juga datang dengan memakai baju-baju dari koleksi mereka. Kolin sukalah sangat kalau baju raya tu warna-warna terang. Lagi best semua manik atau beading mereka adalah dibuat sendiri ye. Maknanya semua koleksi ini adalah terhad korang. 






Ini antara koleksi yang boleh korang dapati kalau ke laman instagram mereka iaitu www.instagram.com/adryssaatelier ye.

KOLEKSI TERBAIK ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW

1. Sakura Falls
2. Warisan 
3. Andalusia
4. Azalea & Eridalea
5. Adryssa Luxe

Semua koleksi ini sudah tentunya ada saiz dari S sehingga 4XL. Informasi yang paling penting korang perlu tau ianya hanya ada 14 pasang sahaja dan harga yang ditawarkan bermula dari harga RM439 sepasang. Harga cukup berpatutan kalau korang tengok sendiri kualiti baju yang disediakan. Kalau tanya kolin sudah tentu kolin suka Koleksi Warisan. Design leher tu buat kolin suka sangat!












Kalau cerita banyak tak guna kan. Korang semua dijemput untuk ke butik mereka (call dulu sebelum datang) yang terletak di:

PERLES ET PLUMES SDN. BHD.
Adryssa Atelier X Serina RTW
Ready To Wear / Custom Beads / Hand Made
C-05-13 COLONIAL LOFT, EMPIRE CITY
JALAN PJU 8/8
DAMANSARA PERDANA 
www.wasap.my/60192621708 (boleh call untuk pembelian)

yang paling best koleksi Adryssa Luxe ini boleh dibeli atau di sewa. Korang boleh tempah tapi ambil masa 3 minggu untuk memastikan semua jahitan manik yang korang nak tu lebih terperinci. So lepas ni nak pergi acara dinner atau yang glamor tu tak perlu risau wahai wanita comel. Sekarang boleh nampak meletops dengan koleksi bermanik dari mereka. 










Buat korang yang nak dapat RM50 baucer untuk pembelian koleksi ini, apa yang perlu korang lakukan ialah korang boleh ke laman instagram www.instagram.com/dolceadryssa dan buat pembelian 2 kotak ke atas tau. Dengan pembelian itu, dapatlah baucer RM50 untuk beli baju raya yang letops tu. Kolin dah rasa kek lapis mereka, sedap betul. 

Kolin rasa raya 2019 ini memang bakal menjanjikan  korang bakal berposing dengan baju raya tak lah boring lagi. Kalau dulu rasa badan comel, terhad betul baju raya kita boleh gayakan. Kawan-kawan semua...jangan lupa serbu IG mereka, butik mereka dan lihat sendiri koleksi sebelum semua SOLD OUT. 




Terima kasih buat yang menjemput kolin ke acara yang sangat gemilang ini. Bertuah sungguh dapat sambar sehelai baju untuk raya nanti. Korang semua tunggu kolin gayakan nanti ye. Tahniah buat ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW yang telah bersama-sama mewarnai dunia fesyen tanahair. Jangan lupa korang, check out IG dan koleksi mereka tau. 




Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you