Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Syawal Showcase BAHARI ASYEK 2019

BAHARI ASYEK - Jatuh cinta pada warisan tradisi bangsa

Assalammualaikum korang semua. Buat yang tak tahu apa makna di sebalik nama Bahari Asyek itu kolin dah kongsi kat atas. Ucapan tahniah kepada mereka sebab dah masuk tahun ke 11 mereka di dalam persada dunia fabrik dan fesyen tempatan. Kolin terasa bertuah sebab hampir dah 3 ke 4 tahun Bahari Asyek tak pernah lupa menjemput kolin ke pertunjukkan fesyen bersempena Syawal yang bakal kita sambut nanti. Maklumlah orang perempuan ni,  memang Ramadan belum masuk tapi persiapan dah mula. Maklumlah bajet dan banyak perkara nak dipersiapkan. 



Tahniah buat Puan Zahalina selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek dan team yang telah berjaya memperagakan pelbagai busana untuk hari raya. Yang penting ianya bertemakan melayu klasik dan kalau korang perasan baju fesyen ala-ala orang dulu-dulu nampak trendy sangat. Kain yang digunakan juga berkualiti tinggi dan sudah tengu busana dari  mereka adalah di kalangan yang terbaik. 





Orang kuat Bahari Asyek Puan Zahalina dan Encik Jai Ghani

Syawal showcase 2019, kali ini fokus kepada memperkenalkan koleksi Syawal 2019, merasmikan butik mereka yang terbaru di lot ruang legar Lobi Hotel Concorde shah Alam dan juga mereka sudah mula melancarkan jualan secara online untuk semua koleksi baju raya tau. Jangan lupa follow mereka di link bawah ini:


Mana tau korang tak sempat nak ke butik, boleh lah pm, dm atau whatsapp terus untuk pembelian. Ada 32 rekaan baru yang disediakan untuk sambutan Syawal kali ini. Sejajar dengan konsep warisan dan tradisional kolin percaya korang akan suka giler, masa kolin tengok sendiri depan mata pun dah tak tahu nak pilih yang mana. Antara koleksi mereka ialah kebaya pahang, kebaya 4 dara, kebaya siti zaleha, kebaya cik siti wan kembang, kurung kedah sunti, kurang kedah seri, kurung pahang, kurung riau, kurung sultana, kurung tun teja, kurung tun fatimah, kurung kuno, kurung archipelago dan pelbagai lagi rekaan. Buat korang yang teringin nak bergaya klasik di pagi raya, ini lah butik yang perlu korang terjah ye. 












Yang penting kolin enjoy giler sepanjang fesyen show ini berlangsung. Penuh dengan adat melayu, budak-budak kecil menari, nyanyian dari penyanyi undangan. Dan yang paling penting musik iringan setiap busana tu secara 'live' ye. Bukan kaset tau..memang asli sedap di dengar. 



kakak suka pergi 'fashion show'

Tahniah sekali lagi Bahari Asyek dan team mereka. Kolin doakan semua koleksi Syawal 2019 mereka sold out untuk raya tahun ini. Kolin suka kurung archipelago tu wei. Lawa kalau pakai dengan rantai labuh tu. Jom korang tak sempat pergi butik, kita shopping online ajer. Jangan lupa follow Instagram Bahari Asyek okay! Shopping tuk raya onzz dikkkk !


Love, 

Kolin Zainal  

1 comment:

  1. Cantiknya pilihan baju kat sini Kolin.. tergoda akak nie haa..

    ReplyDelete

loving me..loving you