Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, Promosi Bufet Ramadan di THE PEARL KUALA LUMPUR

Assalammualaikum korang semua. Pejam celik dah bulan April dan 6 Mei 2019 kita semua umat Islam akan mula bermula Insha Allah. Dan rasa sukacitanya kolin nak berkongsi dengang korang semua tempat untuk berbuka puasa. The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang  menawarkan menu bertemakan Sajian Warisan Nusantara buat semua warga kota atau pun yang mana nak lepak KL tu, boleh lah try menginap di sini. Bersempena Ramadan 2019 yang bakal menjelma tak lama aje lagi, pelbagai menu yang bakal memikat hati korang di pertaruhkan gituuuuu...

 inilah Mediterranean Seafood on ice

Seperti kebiasaan buffet ramadan bakal dihidangkan di Garden Terrace (pool area) dan Cafe 5 yang terletak di aras 5 hotel ini. Hotel bertaraf 4 bintang dan mempunyai bilik sebanyak 555 bilik tetamu moden bakal memberikan korang satu pengalaman yang manis  macam kolin lah.  Lupa nak beritahu, shopping mall dekat aje, dalam bangunan yang sama. Senang tau nak parking pun.



Bermula dari 10 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 korang boleh la berbuka disini. Tapi kolin nasihatkan telefon untuk menempah ye. Jangan main redah, takut nanti tak ada tempat nak duduk. Tempahan dan pertanyaan call talian bawah ini ye:

016-331 9375
03-7983 1111 sambutan 8945 atau 3205  

Dan ini lah antara menu hidangan yang kolin sempat ambil gambar untuk dikongsikan. Kalau nak ikutkan memang terlalu banyak menu sampaikan tak larat nak cuba semua. Siap shellout pun ada juga. 




Disamping itu ada juga persembahan kumpulan Ghazal ye...so masa korang berbuka korang semua akan didendangkan dengan alunan lagu-lagu dari kumpulan Ghazal. Surau ada..jangan risau. Jadi berbuka kat sini boleh lah melepak-lepak sambil melayan keluarga dan teman-teman. 
Hotel yang mendapat Halal Brand Awards pada 2019 ini adalah Best Muslim-Friendly Hotel tau. Buffet Ramadan yang bermula dari RM72+ untuk seorang untuk dewasa dan RM35+ untuk kanak-kanak berumur dari 5 ke 12 tahun sudah pasti berbaloi dengan lebih 100 juadah yang disediakan.  Antaranya gulai daging kawah, laksa, pajeri epal hijau, dim sum, kambing golek, satay, nasi mendi, murtabak, pasta, sambal sotong, ulam-ulaman dan banyak lagi lah. Kolin confirm korang yang berbuka di sini mesti puas hati dengan semua menu hidangan yang disediakan.  200 jenis hidangan!








hidangan kat sini terlalu banyak lah korang, nak letak gambar memang panjang laa entri blog kolin. Memang kena pergi sendiri baru lah tahu betapa banyak seleksi yang boleh korang makan. Dari orang muda sampai ke orang tua mesti ada menu di sini yang memikat selera.

Jangan lupa follow instagram mereka dan jom lah berbuka kat The Pearl Kuala Lumpur. Kolin dan kak anie dah penuh pinggan ni hahahah. Kami makan dulu yaaaa....



thank you buat paris dan kak nora...ada rezeki kita jumpa lagi ye!







kakak suka makan hotel,

kolin zainal

1 comment:

loving me..loving you