Assalammualaikum semua. Siapa suka join CSR? Kolin suka sangat sebab dapat berkongsi dengan golongan yang memerlukan. Dan disebabkan itu kolin nak ucapkan tahniah kepada portal www.123mamanet.com yang telah mengadakan program amal mereka bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Program Eco Free Market, bersempena sambutan bulan ramadhan yang diadakan pada 14 April 2019 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 
Objektif
 program ini adalah salah satu usaha CSR atau kebajian yang dijalankan 
oleh syarikt DMR yang turut sama ingin meringankan beban golongan asnaf 
terutama di sekitar shah alam. Ramai tau sebenarnya miskin bandar ni, 
kita aje tak tahu. Nasib baik ada program seperti ni untuk kita bersama 
menabur bakti. 
Penganjuran
 kali ke 5 ini adalah tanggungjawab sosial yang dijalankan untuk seisi 
masyarakat. Kolin rasa kalau lebih banyak orang atau korporat ada 
kesedaran membantu golongan yang memerlukan mesti best kan. Harmoni satu
 negara !
Cuma
 kali ini ada sedikit kelainan dalam Eco Free Market yang dijalankan 
kerana setiap pengunjung yang datang perlu membuat pertukaran 
barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi 
mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang pengunjung bawa dan
 tukar dengan barang-barang yang ditawarkan di Eco Free Market hari ahad
 tu. 
Untuk projek CSR-DMR #darihati123mamanet
 kali ini sungguh bertuah, kerana menerima pelbagai sumbangan wang tunai
 dan barangan untuk disedekahkan. Siapa tahu tangan  yang memberi lebih 
baik dari yang menerima dimurahkan rezeki kan. 
Bertuah! Bertuah sebab dapat tajaan sepenuhnya dari QSR Brands (M) Holding Bhd.
 termasuklah barangan Life iaitu, sos cili, kicap manis, kicap tiram dan
 pelbagai lagi. Produk dari Ayamas iaitu Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes
 Masak Merah, Pes Masak Kurma dan pelbagai lagi buat semua pengunjung 
yang memerlukan. Best kan!
Terima kasih tak terhingga kepada Mr. Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd., Mrs. Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QSR Brands (M) Holding Bhd., yang sanggup bersama-sama turun padang memeriahkan lagi program ini. Jasa tu tak terbayar !!!
Dan buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kolin ucapkan terima kasih. Kolin dapat tengok dari CSR DMR 1.0 sampai lah 5.0..alhamdulillah. Penyumbang makin ramai, semoga kita semua dimurakan rezeki dan terus dapat menyumbang kepada yang memerlukan. Terima kasih membaca ya!
Love, 
Kolin Zainal 
 









Tahniah Anie.. bestnya kalau dapat join kan..
ReplyDeleteNanti join laa kak Sue heheheh... dialu-alukan sangat sangat
Delete