Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 1: Budget Trip to Hatyai

Assalammualaikum korang semua. Haaa...ini trip last year bulan disember 2018 tau. Macam biasa laa, kolin memang sibuk dan terlupa nak update hahah. Tapi rugi tak update untuk kenangan dalam blog. Ini bukan tajaan ye, semua tanggungan sendiri. Haaa..trip ini adalah hadiah ali imran dapat cemerlang dalam keputusan UPSR (sekarang dia sekolah asrama dah) dan juga hadiah 'getaway' hari jadi dia yang jatuh pada 26 Disember. So trip sekeluarga yang sangat singkat iaitu 2 hari 1 malam ke Hatyai, Thailand ajelah. Kebetulan masa tu kami semua kat kampung suami. Jadinya trip ini senang sangat lah. Tapi kelakar, masa nak renew pasport tu. Dah ali imran genap 12 tahun kena tukar IC, so kami kena tunggu IC siap, lepas tu tunggu pasport lak siap. Bawa mykid aje, rupanya tak lengkap kena ada surat beranak. So kami print surat beranak baru lagi. So dari nak gerak before lunch, kami gerak petang wei...buang masa!! Sebabkan kunun nak renew passport kat kampung hahha. Inilah dia unplanned trip ...


Parking kereta untuk 2 hari di Komuter Sungai Petani. Ada parking luar, tapi nasihat kolin parking berbayar dalam kawasan komuter tu lebih selamat. Lepas tu ingat nak beli tiket laju ets tapi tak ada. So kami beli tiket komuter sahaja dan berhenti laaa setiap perhentian sampai mengantuk tau!! Masa perjalanan dalam komuter tengok aje lah keliling dan kolin masa tu booking hotel by Agoda terus. 

Hotel yang menjadi pilihan kolin sudah tentu sekitar Lee Garden Plaza. Disebabkan kat situ memang ramai yang kata jualan banyak situ. So nak senang, tak mau leceh bila sampai. Kolin ni tukar duit  bath pun belum lagi weiiii. Itu lah kolin cakap semua last minute. Kolin ambil keputusan ambil ROOM2U HOSTEL, ianya katil 2 tingkat lah. Tiada tingkap, tiada tv lah, tapi toilet kat dalam. Katil 2 tingkat tu ada tirai, ada lampu dan plug cas handphone. Ada wifi boleh la layan handphone kan, sebab tak ada TV. Tak silap kolin penginapan tu dalam RM130 untuk satu malam no breakfast. So terus book tru Agoda. Sampai kat Padang Besar tu, kami perasan ada laluan kiri dan kanan, punya la bongok tak perasan imigresen tu boleh jalan kaki aje hahahahha. Kami ambil grab dan minta grab bawa kami ke money changer dahulu. Tukar RM1000 untuk permulaan lah. Tapi sedih wei..RM merundum so dapat tak banyak pun nak berjoli.

Selesai tukar duit, grab terus hantar kami ke imigresen. Masa ini memang boleh jalan kaki aje, tapi nak ke pagar imigresen thai tu macam blur sikit. Sudahnya dah hampir jam 7.00 malam, kolin ambil teksi sapu aje wei. Bayar RM120 dan dia hantar terus ke hotel, dah malam kami pun dah letih. Soooo terus ke imigresen thailand, cop passport bagai. Kad imigresen tu bayar RM2 ada yang tolong kami tuliskan. So selesai terus naik kereta ke Hatyai. 

Cuma masa nak pergi tu, driver perasan plat kereta jatuh. Kat sana jadi salah nanti kena saman. So buang masa kami sekejap lahhh, driver tu pusing-pusing balik cari plat nombor diaaa...penyudah kami sampai hotel hampir jam 9 malam !!! Lapar tauuuuu hahaha


cari hostel ini kat lorong-lorong belakang tau. Tapi kolin driver tu terus hantar, so senang tak mencari. Tapi masa nak keluar Malaysia, awal-awal kolin on roaming aje. Digi Okay..RM15 aje. So nak memana kolin waze.
 
 ni lobi hostel tu, jangan risau keselamatan. Untuk naik ke atas kena pakai akses kad. So agak selamat menginap kat sini. Nak senang korang pergi lah tengok Agoda tu. Banyak review elok.
 setiap ruang katil ada ni...

  Sampai terus cek in, dapat bilik tinggalkan segala barang kami. Nampak tak kabinet bawak katil tu, ada almari kecil kan. Kat situ korang boleh simpan segala barang korang dan siap lock berkunci. Nak cari makan malam pulakkk oiii....

Ini part 1 tau, nanti kolin sambung apa lagi korang boleh buat menginap malam di kawasan ini. Memang ramai orang dan happening. Yang penting ramai orang Malaysia. Yang aku pelik kenapa tak mahu senyum eh? Bangga eh pi Hatyai buat tak kenal orang sama negara. Ini penyakit tau...penat senyum kat orang senegara, rupanya dema bongkak dapat ke Hatyai tu ahhahahah. Sebenarnya semua tempat sama wei, kebanyakkan masa kolin ke negara orang, kalau jumpa sama negara dema pura-pura tak kenal. Senyum pun tak nak..korang jangan gitu tau...so babai...nanti i sambung part 2 macam biasa ye hahahaha

 Terima kasih membaca sisturrrrr..

Love, 

kolin zainal



1 comment:

  1. First time kan...takpe..next trip ok kot kalau nak pi lagi sebab kolin dh ada pengalamN kan..

    ReplyDelete

loving me..loving you