Assalammualaikum korang semua dan semoga semua dalam keadaan sihat selalu. Lagi beberapa hari nak menjelang bulan puasa dan pastinya korang akan nampak banyak betul promosi sana sini kan. Yang pasti, tempat yang kolin tak pernah tak pergi iaitu Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC ) yang terletak di Shah Alam ini adalah antara yang terbaik. Banyak-banyak tempat kat SACC ni dia menampilkan hidangan Timur Tengah. So nak rasa Palestin punya dessert dan makanan arab yang lain dari yang lain kat sini lah. Memang teruja sangat ! Kolin makan Qatayef sejenis pemanis mulut istimewa yang mempunyai inti krim kacang turut disajikan ye. Pertama kali makan memang jatuh cinta !
Bersama dengan kak anie mohamed laa weii...cheers katanya hahah
Bersama dengan kak anie mohamed laa weii...cheers katanya hahah
Atas permintaan ramai, Kumpulan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama Chef Mohamad Saeranpoor Hossein, yang dibawa khas dari Arab digandingkan bagi menghasilkan pelbagai hidangan istimewa untuk korang yang datang berbuka puasa tahun ini. Antara yang menjadi buruan dan hidangan utama di SACC setiap tahun ialah Nasi Kambing Kabuli.
tu la Qatayef manisan khas dari Palestin uollss
Antara yang lain ada Kebab Ayam Irani, Sup Harira, Tabbouleh, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung), serta dessert kegemaran kita semua iaitu aiskrim Turkish Barrel Ice Cream.
Bagi yang masih nak makanan melayu asli tu ada juga rendang negeri sembilan, ayam percik, asam pedas tetel, lala cili padi, singgang ikan tongkol, daging goreng berlado, dan banyak lagi hidangan melayu asli. Disamping itu juga, konsep gerai masih dikekalkan. So siapa yang nak makan laksa, yong tau foo, apam lenggang dan goreng-goreng tu memang ada lah.
Untuk tahun ini SACC menawarkan harga RM88.00+ + untuk dewasa dan RM44.00++ untuk kanak-kanak dari 7 sehingga 10 tahun. Dan anak-anak bawah umur 6 tahun adalah percuma. Kalau nak datang ramai-ramai, kolin cadangkan korang buat penempahan awal tau. lagi pun korang boleh berjimat juga. Klik sahaja laman ini www.sacc.com.my/ramadan-buffet dengan harga RM78.00 nett. Promosi tengah berlangsung tuuu...
Seiring dengan bulan Ramadhan yang mulia, SACC tidak ketinggalan menganjurkan satu program CSR yang memberi peluang kepada pengunjung SACC 'berbuka sambil beramal'. Setiap baucer berbuka puasa yang dijual sebanyak RM1.00 akan disalurkan kepada Tabung Kebajikan Gelandangan - Food For Homelss dengan kerjasama pihak Rizq Ar-Rahman Charitable Labuan Foundation.
Untuk pelanggan korporat, pakej korporat ada juga dengan harga bermula dari RM70.00+ dengan minima tetamu seramai 80 orang. So mana bos yang nak belanja kakitangan tu, boleh la ke SACC. Memang hidangan banyak sungguh. Kolin cadangkan korang rasa ikan goreng tepung mereka, sedappp.
Kalau nak tempah boleh call SACC di talian 03-5511 8858 dan jangan lupa ikuti SACC di facebook www.facebook.com/SACCOfficialnew dan www.instagram.com/shahalamconventioncentre untuk segala promosi terkini dari mereka.
Terima kasih SACC !!!
Love,
Kolin Zainal
Pernh juga berbuka puasa kt sini.. Next week dh nk ramadhan kan.. Smoga ramadhan kalini lebih baik dr sebelumnya
ReplyDeleteuii jeruk tu jadi tarikan kak ana pula, ermm sesuai ni menu timur tengah dengan suasan iftar Ramadan nanti.
ReplyDeleteBanyak pilihan.. macam sedapa aja Qatayef tu Kolin..
ReplyDeleteAlhamdulillah... kenyang kite hahaha..
ReplyDelete