Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tahniah MAIWP atas kejayaan PROGRAM JELAJAH RAHMAH @ AMBANG RAMADAN 2019

Assalammualaikum dan salam hari selasa korang semua. Pertamanya kolin nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada MAIWP kerana telah mengadakan satu program yang sangat dekat dengan masyarakat dan golongan asnaf. Kalau korang nak tahu, ini adalah program julung-julung kali di adakan tau. Program berbasikal ke rumah-rumah asnaf menerusi PROGRAM JELAJAH RAHMAH @ AMBANG RAMADAN 2019.



Program yang telah di adakan pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 28 April 2019 telah berjalan dengan meriah  di Taman Tasik Datuk Keramat. Bagi menyerikan lagi majlis, Raja Muda Perlis iaitu  DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan mencemar duli menyertai program ini bersama-sama dengan lebih 100 orang peserta. Mengiringi DYTM Tuanku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun. Malahan Pengerusi MAIWP Dato' Sri Syed Hussein Alhabshee, ketua-ketua agensi pengurusan Islam dan tetamu kehormat yang lain serta peserta MAIWP Cycling Club pun ada sekali dalam program ahad lalu. Siapa sangka program ini mendapat sambutan luar biasa!





Acara pagi tu dimulakan dengan senaman ringan dan bacaan doa bagi memberkati majlis. Apa yang kolin nampak, semua seisi masyarakat bersatu hati dalam menjayakan program yang memberikan bantuan kepada yang lebih memerlukan. Dari Taman Tasik Datuk Keramat, seramai lima (5) buah rumah asnaf telah dipilih bagi menerima bantuan tunai dan bantuan barangan keperluan harian bagi mereka menyambut bulan Ramadan nanti.




Beginilah agihan zakat dibuat korang, ini dalam program. Ada juga agihan bukan dalam program. Yang penting korang kena selalu percaya pegawai-pegawai agihan zakat ini buat kerja mereka tau. Cuma kekadang tak keluar di sosial media tu, jangan lah korang ingat semua wang zakat tu tak diagihkan dengan betul. Lihat sendiri lah, bagaimana bersemangat pihak MAIWP mengadakan program dan mengajak seisi masyarakat bersama dalam menjayakan program ini. 

Seronok lah  dan sudah pasti besar hati kelima-lima (5) keluarga asnaf yang telah terpilih tu. Maklumlah DYTM Raja Muda Perlis, Menteri, Golongan VIP dan pelbagai lapisan masyarakat singgah ziarah mereka kan. Konvoi yang bermula dari Taman Tasik Datuk Keramat ini berakhir di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat, lebih kurang dalam 1.5km lah pengayuhan hari tu. 

Setibanya di Masjid Al-Akram, acara meriah terus di gemilangkan lagi dengan ucapan dari Menteri dan di ikuti oleh DYTM Tuanku. Dalam majlis yang sama, golongan asnaf diraikan lagi dengan sumbangan penyampaian wang tunai dan keperluan lain kepada 100 orang asnaf yang hadir sama. 





Program yang sungguh bermakna dan kolin bangga dalam terlibat sama. Ianya bertujuan ingin menyatakan kepada masyarakat bahawa pemerintah negara kita daan kerajaan sangat prihatin dan peka dengan golongan asnaf tau. Terima kasih juga buat yang terus membayar zakat menerusi agensi yang betul iaitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ). So korang yang telah berzakat tu, tahniah tau. Dalam diam zakat korang tu membantu orang lain yang lebih memerlukan. Dengan program sebeginilah MAIWP dan pegawai agihan zakat mereka menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sering betul kita tengok atau baca netizen cakap yang agihan zakat tak de lah, mana duit zakat lah. Nah korang, sila join program MAIWP dan follow lah laman sosial media mereka. Jangan lah follow artis glamor aje tau..follow @hqmaiwp dan boleh lah tau segala agihan hasil duit zakat yang telah dikutip kepada asnaf yang memerlukan.



Inilah dia satu program sangat manis, pembuka awalan untuk kolin menyambut ramadan 2019. Kalau korang ada program sebegini yang ingin dikongsikan jangan lupa ajak kolin okay. Tak rugi berbuat baik sesama insan dan menghulurkan sedikit kepada yang memerlukan.



Tahniah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kejayaan program yang pada pengamatan kolin sangat meriah. Rugi kalau tak join lah. Kalau ada jangan lupa jemput lagi okay.



salam sayang, 

kolin zainal 

1 comment:

loving me..loving you