Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Trip to Lombok: Episod terakhir !!! Akhirnyaaa

Assalammualaikum korang, kolin janji ini episod last hahaha. Buat korang nak tahu cerita sebelum ini sila klik sini okay https://alialisakreatif.blogspot.com/2019/04/part-6-trip-to-lombok.html#more dan boleh faham kenapa sambung ke sini. Okay selesai kat kampung orang asli lombok kami makan dahulu. Kali ni Bagus bawa kami ke tempat makan orang tempatan sahaja. Lupa nama hidangan tu apa, tapi tetap sedap. So kalau ikut pakej dia ada tempat makan yang mewah sekali laa... sedap bilis garing2 tu. Tapi kolin serius lupa wei..maklumlah pergi disember 2018 nak update bulan April 2019. Tapi blog tetap update untuk kenangan wei. Ini semua kenangan tuk kolin tengok satu hari nanti.


Senyum lebar weii dapat makan! Jemputtt uolssss

Selepas makan kami terus di bawa Masjid ni, lawa sungguh. Bersih, cuma telekung tu tak ada sapa nak selenggara kut. Maksud kolin basuh dan ganti...selain nya elok aje. So kalau kurang selesa, bawa telekung travel yang nipis tu dan stokin okay. Senang korang.

ini pintu depan nak masuk masjid tuu


belakang tu lah masjid..lawa kan. Masjid ni dekat dengan Kuta Lombok tau, dekat ngan pantai. Lawa tu tak tipu...Selesai solat kami terus ke tempat tenunan kain. Korang kena tahu ye, di Lombok sekiranya anak dara tu tak tahu menenun kain dia tak boleh BERNIKAH ye. Dia kena pandai tenun kain dan lagi bagus kain tenun tu dipakai masa pernikahan. Haaa..kalau aku duduk Lombok kannn..umur 40 tahun pun tak menikah lagi. Satu lagi adat melarikan anak dara orang tu memang betul! Tapi mereka ni bercinta dahulu, bukan laa bawa lari sebarang. Kalau dah dedua suka sama suka, pihak lelaki tu akan bawa lari perempuan tu dan letak kat rumah sedara mara dia yang jauh-jauh. Lepas tu anak dara tu kata kena culik dan nak kahwin. Haaa jadi lah majlis kahwin tu atas dasar suka sama suka. Mereka tak boleh masuk meminang macam kita. Kurang ajar !!! kalau adat mereka. So memang cara menculik adalah lebih manis. Ibarat lelaki tu berani lah, boleh tanggung perempuan tu. Sanggup bawa lari sebab cinta, gitewww..
Kalau kat Malaysia mampus laki tu kena balun wei, ko bawa lari anak dara orang tau! Itu lah serba sedikit adat mereka di sini. Kalau kita masuk meminang itu manis, tapi bagi mereka tak manis. Oleh itu mari lah menenun. 

sebelum nak buat, aku sengih dulu laaa..ini manual yee


bila dah duduk dalam mesin tu hahahaha. Aku gemuk wei..dema semua halus mulus wanita di Lombok. So nak masuk mesin tu struggle tau hahaha. Anyway it was a wonderful experience! Sesekali kakak speaking kome. Dah selesai kunun-kunun buat 2 ke 3 round, kami masuk la kedai jual songket. Agak mahal, so bajet trip tak beli apa-apa. Tapi kat sini korang boleh try pakaian tradisional mereka tau. So jangan lepas peluang, pakai dan posing lah. Ini lah dia pakaian masa perkahwinan mereka. 



Sue aje tak pakai hahaha. Sebab ada 3 helai aje dia bagi cuba. Tu laaa dia kami berposing dan memang suka sangat lah. Setakat ini orang-orang kat Lombok memang melayani kami dengan baik. 

Dan destinasi seterusnya Bukit Merasek!!! Haa ini memang gigih, jauh gak laa..dan memang kena daki bukit. Masa tu baru lepas hujan, abis tanah merah. Cerita di sini akan ada nak tempatan yang sibuk ikut korang dan minta handphone korang. Mereka jual servis, iaitu tangkap gambar korang sampai muntah. Kolin dan kawan-kawan takut..takut hp atau kamera kena bawa lari. Jadi kami tak bagi, bila dah lama-lama rimas tu kolin bagitau En. Bagus minta mereka beredar kami tak mahu. So anak-anak tu pergi...

Tapi rasa bersalah selepas tu, ala mereka cari duit ...bukan nak mencuri. Cuma pakaian mereka comot dan selekeh. So kami bagi sekejap, dan bagi sedikit duit kepada mereka. So kalau korang pergi jangan takut okay. Anak-anak ini cari rezeki....sedih...




ini lah lokasi si aeril zafril dan wawa zainal shooting ala video hindustan tu wei. Memang cantik tempat ini, gambar banyak wei. Takut korang muntah aje tengok aku upload banyak-banyak. So Lombok memang berbaloi untuk pergi. Walau bukan semua tempat, walau takut dengan imigresen dia, walau takut gempa bumi! Tapi ini rezeki kami, syukur dapat hotel penginapan yang meletops selesa dan tour guide yang sangat membantu. Siap segala, En. Bagus terus hantar kami ke airport. 


dah sampai pun..gigih aku bawak seramik tu hahaha. Alhamdulillah sampai Malaysia tak pecah wei. Kat airport kami makan dulu, siap-siap solat jamak sebab kat sini maghrib masuk awal. Selesai semua terus check in! Korang jangan lengah waktu kat sini. Sebab perjalanan nak check in memang lambat gilerrrr. So siap sampai terus masuk awal ye. Segala sambal bagai, masuk luggage aje. 

Oh lupa, power bank tu jangan lebih 10,000 mah. Dan tak boleh lebih 2 ketul. Yang itu tak boleh masuk luggage kena masuk dalam handbag atau hand carry. Selain itu tak ada apa lah...masa dah dalam pesawat lega weiiiii....lega!


begitulah berakhirnya percutian kami berempat. Haaa...panjang kan kisah kami. Untuk 2019 kami tak decide lagi nak kemana wei..kalau korang ada cadangan boleh lah komen bawah tuuuu

Yang pasti pergi ke Indonesia memang lumayan hahahahha. Terima kasih sudi baca uolsss...


sekian terima kasih 

kolin zainal

2 comments:

  1. wah best nya jalan2 ramai orang macam ni. baru lah meriah suasana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kalau sekepala..tak melawan hahahhaha
      dema ni mengikut arahan umi oiii

      Delete

loving me..loving you