Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dah Disember...dah nak penghujung tahun 2017. Azam tahun lepas baru 50% terlaksana. Maknanya tahun 2018 kolin kena sambung azam tu atau kena revised balik matlamat hiduplah nampaknya. Dah nak menganjak lagi beberapa tahun ke 4 series ini memang membuatkan kolin teruja sangat. Iyelah semua orang bakal tua, ataupun ada orang akan pergi sementara muda. So kita boleh merancang segala-galanya kan. Tapi biarlah Yang Esa tentukan. Tapi yang penting kita merancang. Kolin masih berbaki lebih kurang 26 hari lagi untuk menjayakan misi azam 2017 ni. Tak sabar nak tahun baru pun ada, takut nak tempuh tahun baru pun ada. Yang pasti semua rintangan kita tetap kena hadapi.
Secara logik dunia Malaysia hari ni tak boleh membazir dan bermegah. Setakat nak post kat media sosial yang kita ni gah ke sana sini, membeli itu ini pun tak guna dah. Yang penting berkepuk dan lagi best media sosial yang kita gunakan memberikan pulangan RM kepada kita balik. So ada masa sikit lagi 2017 ini di bulan terakhir pada tahun ini, kolin nak pulun habis-habisan. Tak payah nak ikut orang, tengok check in hotel selalu, kita pun nak juga. Tapi baiknya duit tu kita simpan dan mana tahu masa kita susah ada juga bantuan kewangan sendiri. Siapa yang suka berhutang kan?!
Kolin doakan korang yang sudi baca entri ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan segalanya ye. Doakan kolin ye. Kata Dato Dr. Fadzillah Kamsah, doa orang kepada kita makbul. Doa kawan kita pun makbul. So kita saling berbagi kasih berdoa untuk semua kawan ya...
Ayuh..kita akhiri tahun 2017 yang bakal berakhir ini dengan sesuatu yang manis ye....terima kasih membaca
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you