Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Rasai Kemeriaahan Perayaan Krismas di Hotel Concorde Shah Alam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk yang meraikan atau suka hidangan semasa perayaan Krismas, kolin nak berkongsi dengan korang semua satu tempat yang pastinya memenuhi selera korang sekeluarga.  
Hotel Concorde Shah Alam bakal menghidangkan pelbagai hidangan bertemakan Perayaan Krismas dan juga Tahun Baru tau. Yang penting hidangan barat yang bakal disajikan mereka semuanya HALAL. Masa ini lah korang nak merasa makanan barat yang sedap dan berbaloi. 



Pelbagai hidangan bakal disediakan oleh Chef terkemuka kat sini. Bertempat di Melting Pot Cafe,  hidangan makan malam pastinya mempesonakan pada sambutan hari Krismas nanti. Satu keluarga boleh datang dan enjoy kat sini. CHRISTMAS EVE BUFFET DINNER yang berharga RM120.00 nett untuk seorang, manakala untuk Warga Emas dapatlah diskaun 30% di sini. Antara hidangan lazat yang bakal korang nikmati di sini ialah Traditional Pate, Avocado & Shrimps Salad, Roasted Beef with Honey Wasabi Mustard Dressing, Premium Roast Whole Turkey With Mushroom and Giblet Sauce, Grilled Catching Bear Salmon Fillet, Minced Herbs Lamb Shank with Brown Spices, Xmas Log Cake, Xmas Fruits Cake dan Ginger Bread Bell House. 





 Pada hari berkenaan iaitu 25 Disember 2017, di Melting Pot Cafe juga akan menawarkan Christmas Hi-Tea yang bermula dari 4.30 petang. Ianya sesuai lah untuk sekeluarga kan, manalah tahu korang nak buat reunion ke, perhimpunan keluarga ke. Nah dah ada tempat yang sangat selesa dan ekslusif untuk seisi sekeluarga. Harganya bermula dari RM70 nett untuk seorang dan warga emas menerima diskaun sebanyak 30% untuk Hi-Tea. Menu yang bakal disajikan ialah Fresh Prawn Kattaif, Beef Medallion with Peppercorn Sauce, Tuna Quiche ala Funghi, Roasterd Chicken dan Turkey Bird. Baca menu tu aje dah membuka selera. Buat yang suka makanan barat inilah masa korang datang dan nikmati hidangan di sini.  Selain hidangan yang kolin tulis tu, ada juga buffet yang disediakan. So boleh lah makan pelbagai manisan dan kek yang disediakan. 








Jangan tak tahu, di Hotel Concorde Shah Alam juga kita boleh bungkus untuk orang yang selalu sibuk dan tak sempat pulak nak melepak makan kan. Jadi korang boleh order sahaja apa yang korang mahukan dalam masa 24 jam sebelum. Pembayaran 50% hendaklah dibuat dan selebihnya masa korang datang nak mengambil pesanan korang tu lah. Take Away-Festive Season Delights bermula dari RM40 sehinggalah RM380 nett. Antara hidangan yang boleh korang pesan dan bawa balik ialah Christmas Pudding, Christmas Minced Meat Pie, Christmas Stollen, Christmas Turkey, Roasted Rib Eye Beef dan Crusted Crown Rack of Lamb. Boleh lah beli dan terus balik.

Buat yang mencari tempat untuk menyambut tahun baru bersama yang tersayang, korang boleh lah countdown kat sini jugak. New Year's Eve Countdown Party yang bertemakan 'Wild Wild West' bakal diadakan di Crossroads Lounge dengan persembahan dari Batak Band yang dinamakan D'Fense bakal memberikan pengalaman tahun baru yang meriah buat semua. Ada karaoke, cabutan bertuah, permainan dan juga persembahan dari kakitangan hotel yang bakal memberikan kejutan buat semua. 

 D'fense Band
Untuk tahun baru New Year's Eve Cocktail Party berharga dari RM85nett untuk setiap seorang dan ianya termasuk air minuman, buffet dinner, party pack, lucky draw, persembahan live band dan semua permainan yang bakal dijalankan. Untuk Amazing 2008 pula, Hotel Concorde Shah Alam bakal memberikan promosi bilik  serendah RM159 nett. Tapi untuk semua ini korang boleh telefon talian mereka untuk maklumat lanjut

03-5512 2200 atau ke laman web mereka http://shahalam.concordehotelsresorts.com/

Tak sabar pulak kolin nak bawa seisi keluarga kolin ke sini dan nikmati pelbagai hidangan bersempena perayaan Krismas. Iyelah, kalau tempat lain mungkin diragui halal atau tidak kan. Kat sini semuanya disahkan halal dan kita sendiri boleh lah merasa hidangan barat yang jarang dihidangkan di hari biasa. Jadi kalau nak merasa jangan lupa call untuk tempahan segera ya. Buat yang meraikan perayaan ini, semoga korang bergembira selalu. 


Merry Christmas and Happy Holiday !!!

Love, 

Kolin Zainal  

1 comment:

  1. Bila tiba Disember memang suka sangat sebab banyak buffet yang best

    ReplyDelete

loving me..loving you