Wednesday, December 6, 2017

REVIEW: Seharian di FARM IN THE CITY, Sri Kembangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Bersempena cuti sekolah ini, kolin sekeluarga ke Farm in The City di Seri Kembangan. Untuk ruang parking di sini agak terhad. Tapi ramai yang parking tepi jalan. Dan kalau korang nak tahu tempat ini bersebelahan dengan DownTown. Jadi ini lah dia 
FARM IN THE CITY.


 Ini lah dia ruang untuk drop off. So kalau ada anak kecil atau warga emas, korang boleh drop kat hadapan ini dahulu dan pergi cari parking. Jadi tak lah jauh untuk golongan ini berjalan. Lagi pun macam kolin yang datang selepas makan lunch memang cuaca pun panas. Jadinya lebih baik drop off dahulu dan cik suami mencari parking kereta. Tak lah kita penat berjalan kan...thk u suami !


 Bahagian menunggu ini ada tempat untuk bergambar dan mainan kanak-kanak. So ada ruang untuk legakan bebudak sementara nak menunggu masuk ke dalam.


Nak masuk ke sini, harus melalui Kedai Cenderamata ini dahulu. So sebelum masuk nak membeli apa-apa buat kenangan pun boleh. Mana tahu nak beli kipas, topi, payung atau baju hujan. Boleh lah dapatkan kat kedai ini. Cuma agak pricey sikit lah berbanding kedai luar. Tapi korang yang teringin nak tanda kenangan boleh beli masa masuk atau masa nak balik nanti. Akan lalu tempat yang sama pun.


 Haaa si ali imran aje yang sempat pose kat entrance ini haa. Kami nak redeem tiket dah. Jom ke kaunter tiket, harga untuk dewasa yang ada mykad ialah RM32, kanak-kanak dan warga emas RM27 sahaja untuk seorang. 

 Inilah dia kaunter nak beli tiket. 


Pitstop kami yang pertama ialah Turtle & Tortoise Farm. Kat sini korang boleh bagi makan kura-kura, bergambar dengan kura-kura, belai-belai kura-kura dan boleh tengok lah kura-kura secara dekat. 

 makanan tu sayur kangkung disediakan secara percuma tau. 


Nenek dengan cucu tengah perhatikan kura-kura yang ada. Besar-besar kura-kura kat sini. Siap ada pameran telur dan anak-anak dia dalam akuarium. Kiranya kalau budak pun terpesona, kita yang dewasa pun suka tengok.  Sampai tertonggeng lah si Alisa nak juga bagi makan kat turtle tu. Memang seronok lah, lagi bagus kalau anak-anak jenis tak takut binatang. Memang bagus untuk aktiviti cuti sekolah.



Ini pulak anak buaya yang ada dipamerkan. Kat ruang ini ada juga ular sawa besar sangat di pamerkan dalam kaca. Ada albino dan yang ular sawa biasa tu. Kolin jalan laju-laju sebab geli hahahah. Ali Imran lah merenung dan siap usap-usap cermin kaca tu sebab kagum sangat dengan anak buaya tu. Yang ini nak suka sangat lah binatang, doakan dia jadi pakar Veterinar lah nanti ye abang. 




Tempat kedua kami masuk ke Bird Aviary. Tempat yang menghimpunkan pelbagai jenis burung dan ayam. Kat dalam ini semua bergerak bebas. So memang korang boleh lah pegang dan sentuh. Comel sangat...


 Ada kolam kecil dalam ini

 terkejut sebab burung baru lintas lalu 

 Alisa dan Imran tengok anak burung baru lahir dalam bekas tu 

 Comel tengok burung ni mandi hahah


Tempat ketiga kami masuk ialah Savanna...jom tengok ada apa ye.



Dalam kawasan ini korang boleh sentuh rusa !! Macam tak percaya jinak betul rusa duduk diam aje bila kita usap-usap dia. Haa..nak bagi makan pun boleh jugak. Ada mesin jual makanan disediakan. Tapi kalau ramai orang, tak payah beli lah. Semua haiwan dah kenyang hahahahha. Tapi kolin beli juga sebab seronok nak belanja. Sang kancil pun ada uolss





Macam ini lah kawasan lapang tu. Ada juga ayam dan beberapa haiwan lain yang boleh korang tengok. Kiranya bebas lah bergerak dalam kandang ini. Kolin ni berpura-pura sebab aku geli wei nak pegang hahahahah. So sekadar bergambar aje lah dengan anak rusa ini. Tak pernah sedekat ini tau, tapi kat Farm In The City gitu dekatnya wei..
 

Selain haiwan, pokok sayuran dan buah-buahan pun ada di pelihara di sini. Boleh lah tengok dan tambah pengalaman untuk anak-anak. Nak tengok orang-orangan pun boleh. Boleh la bergambar kenangan kan.





Kemudian kami sekeluarga ke Pet Village. Masa kat sini ada toilet, ruang makan dan tempat berehat.  Mana yang bawa warga emas macam kolin ni bawak cik timah. Boleh lah beli makanan atau minuman dan duduk ambil angin kat sini. Panas oii..pastikan korang bawak kipas lah. Tapi yang mana suka nak berpeluh pun best jugak. Satu senaman tau kita berjalan pusing satu Farm In The City ini. Kat sini anak-anak didedahkan dengan aktiviti tangkap ikan longkang. Haa...memang semua bertungkus lumus laa nak cuba dapatkan ikan tu. Tapi kita tangkap kena lah lepaskan semula. Tak boleh lah bawak balik. Selain ikan, anak-anak boleh bermain dengan arnab yang ada disini. Semuanya jinak dan manja. Dari yang sebenarnya penakut pun terus tak takut. Sebab semuanya duk diam masa di usap tu.





Alisa yang penakut kucing pun jadi berani dukung arnab tau. 
Dia pilih yang ini dan panggil nama Elsa. Maklumlah arnab di putih bersih betul.



Masa kat sini korang boleh lah melepak lama-lama wei. Kolin confirm yang anak-anak akan leka. Tak perlu nak ronda laju-laju pun kalau korang di setiap tempat. Relaks dan enjoy semua aktiviti yang mereka sediakan. Pendek cerita, anak stress free, mak ayah pun stress free. Biarkan mereke meneroka semua yang ada kat sini. Semuanya binatang dan haiwan jinak pun. Berpeluh usah cakaplah kan. Tapi berpeluh tu kan untuk sihat. Jadinya biarkan mereka bermain, kerana bermain adalah hak mereka hahahaha. Cuti sekolah kan pun. Satu lagi pesanan penaja, setiap ruang kat dalam sini ada sediakan sinki dan pencuci tangan. Jadi kalau lepas bermain dengan semua kat sini, anak-anak boleh terus basuh tangan. Tahap kebersihan di jaga okay. 



 Burung Hantu

 Kat sini boleh sentuh cicak, landak dan ular sawa. Tapi pegang tak dibenarkan pulak. Lain kali kolin harap ada sesi pegang. Sebab masa tu Ali Imran duk tanya sangat nak pegang. Tapi anak ayam macam kat bawah ni boleh lah pegang heheh.


Disini bukan sahaja boleh pegang dan bermain. Malah ada pertunjukkan burung kakak tua. Macam biasa lah, anak-anak cukup terhibur. Persembahan lebih kurang 15 ke 20 minit ini memang cukup menghiburkan. Pandai betul abang ni buat show tau ~



Inilah mesin nak beli makanan untuk belanja haiwan makan. Mulanya korang kena beli token. Satu token bersamaan RM1, lepas tu boleh lah pilih makanan haiwan yang mana satu korang nak belanja. Makanan ikan, burung, ataupun rakun. Tapi banyak lagi lah, masa beli tu tengok gambar okay. So tak lah tersalah belanja haiwan kan. Dan kat sini pun ada pony ride. Satu round RM7 bayaran yang dikenakan. So beli token dan beraturlah untuk naik kuda. Berat badan maksimum untuk 40 kg ke bawah. Mana yang dah lebih tu jangan lah naik ye. Sian kuda ...


Alisa pony ride. Jangan risau ada pekerja mereka jaga. So pusing situ aje pun. Panas pun tidak..kat sini ada orang tangkap gambar. Nanti dia bagi kupon, kalau nak beli nanti masa nak balik boleh lah beli buat kenangan.



Bila dah selesai naik kuda..dia pergi belanja ikan makan pulak. Kalau kena masa, korang boleh tengok pekerja mereka bagi makan pada swan jugak. Bukan nak kata lah, nampak macam 'bagi makan' ajeee kan. Tapi anak-anak cukup seronok sepanjang berada di sini. 





Nk bergambar dengan burung tu, tapi berat. 
So kita suruh Ali Imran pegang hahahah
Kami berdua sengih aje laa..muka pun dah hilang mekap weii. Berpanas dalam ini. Sebenarnya tempatnya tak lah besar sangat. Tapi boleh juga habis masa 2-3 jam kat sini. Sebab kolin memang bagi anak kolin main habis habisan. Kami relak satu tempat dan bagi mereka explore semua. Itu yang ada adegan pergi peluk ayam serama macam kucing. Dah masuk kereta bau ayam weiii!!!




Hampir jam 6.00 petang tu nak tutup dah. Masa korang nak keluar tu akan ada pekerja bagi sijil kehadiran kat anak-anak tau. So makna nya tak pergi kursus laa kat Farm In The City tu. Di perjalanan keluar tu boleh lah tengok kambing, lembu, burung unta, dan pelbagai lagi haiwan ladang. Boleh bagi makan lah jugak..cuma dah petang bau tu agak menyengat la kandang ni hahaha. Kolin tangkap gambo lepas tu lariiii...bau!




Itu lah sijil nya oiii



Terima kasih untuk pengalaman ini. Buat korang yang nak datang boleh beli tiket online juga tau. So waze sahaja lokasi tempat ini dan datang. Kolin tak rasa baby bawah setahun sesuai ke sini. Sebab nak bawak stroller banyak jalan tak rata. So kalau anak dah berjalan, dah pandai enjoy boleh lah ke sini. Maklumlah cuti sekolah kan panjang lagi. Yang penting kolin sekeluarga memang happy sangat ke sini. Harap masa akan datang ada peluang untuk datang lagi. Mana tahu nanti ada haiwan peliharaan terbaru yang boleh kami tengok depan mata kan...Kalau ada kucing pun best jugak kannnn.. See you again FARM IN THE CITY
  

Love,

Kolin Zainal 




2 comments:

  1. Ye betul tu, saya pun dah ke sini. Best dan bagus untuk kanak kanak. Banyak aktiviti boleh di lakukan. Cuma nya, kalau bawak baby memang jangan la pakai stroller... rasanya tak sesuai...sebab laluan utk stroler terhad. kalau terpaksa bawak jugak, di nasihatkan guna baby carrier, supaya mudah untuk bergerak.

    ReplyDelete
  2. kann..anak kecil tak yah datang laa. sian panas..dah berjalan dan pandai bermain boleh ke sini. salam perkenalan siti zubaidah :)

    ReplyDelete

loving me..loving you