Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

hilangnya harga sebuah SOPAN

assalammualaikum dan salam sejahtera

Minggu ini agak sibuk dengan aktiviti, mana kerja, mana nak kisah jerebu dengan kadar kesihatan anak-anak lagi. Kalau lah ada anugerah mak BZ sila lah serahkan kepada kolin heheh

Nak dijadikan cerita, kolin memang berulang alik dari Jinjang Utara ke Shah Alam dan Shah Alam ke Jinjang Utara mencari rezeki buat keluarga. Memang jauh dan jalan memang sesak. Cuma kekadang orang tak nak faham, yang mana tak faham..kolin nak jemput ke rumah dan jadi tetamu kolin. Mungkin lepas tu faham kut apa yang ada sepanjang perjalanan lebih sejam tu. Ibarat balik seremban hari-hari tau.

Hari Selasa petang kolin sangkut jem dari lebuhraya DUKE turun ke Jalan Kuching. Dalam keadaan jem dan sesak tu tetiba kereta kolin berdentum kuat dan tergerak. Memang nasib baik kolin tarik hand brake. Rupanya ada kereta dah cium Ferrari. Ferrari ku dicium kali ketiga...adeh
Teksi hentam belakang Ferrari di kala jem..motip lah kan

Lagi best BHA 577 ini langsung tak keluar kereta dan minta maaf. Kolin turunkan tingkat dan lihat ke belakang. Dia angkat tangan mengata tiada apa-apa dan suruh kolin jalan. Adesss uncle oiii...simple sangat ko kan. Cuba kereta ko aku cium sikit dari belakang. Memang viral kat FB lah kan...

Kolin berhenti dah lihat ..ada sedikit saja lah kesan calar tu. But then again, my car is old car. Tak kisahlah, tapi biadap sangat BHA577 ini langsung tiada cakap MAAF ...hilangnya harga sebuah SOPAN. 

Buat Teksi bernombor BHA 577 yang selalu berkeliaran di Jalan Ipoh Kuala Lumpur
Anda sangat biadab...Anda sangat tidak bertimbangrasa
dan sangat kurang SOPAN

yang benar 


Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you