assalammualaikum dan salam sejahtera
Black Paint adalah suatu nama yang agak asing di Malaysia, namun di bumi Jepun, Black Paint sudah mempunyai sebanyak 130 outlet untuk memasarkan produk ini. Black Paint adalah satu-satunya produk penjagaan kulit yang langsung tidak mempunyai barang kimia. Tiada akohol atau apa saja barang kimia semasa produk ini di jalankan.
Pengasas produk Black Paint adalah Ms. Miyuki Maeda, Presiden of Black Paint Kyoto Japan ada bersama di majlis ini. Wanita yang hebat ini telah menjalankan pelbagai ujikaji untuk mencipta Black Paint yang sememangnya semulajadi dan dapat membantu masalah kulit untuk semua orang. Ms. Miyuki mula mencipta produk ini setelah melahirkan bayi perempuannya. Disebabkan bayi perempuan beliau mengalami masalah kulit yang agak serius malah tiada doktor yang dapat membantu. Dengan azam yang tinggi produk Black Paint di hasilkan dan kini mulai di pasarkan di US, Singapura dan kini Malaysia.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengacara majlis iaitu Ms. Chloe Chen, Ms. Malaysia 2011 dan ucapan pembukaan dari Mr. Cheong, MD of ScienceGates Sdn Bhd Malaysia. Beliau sedikit sebanyak berkongsi rasa gembira kerana Black Paint kini sudah berada di tiga pasaraya terkemuka di Malaysia. Dengan adanya produk terkemuka dari Jepun ini, Malaysia telah setapak lebih maju di dalam industri penjagaan kulit wajah.
Acara diserikan lagi dengan sesi penerangan oleh petugas-petugas Black Paint. Media dan blogger berpeluang merasai sendiri betapa bagusnya produk Black Paint. Buat kolin yang sememangnya teruja dengan produk ini tidak melepaskan peluang untuk mencuba Black Paint. Dari peringkat Black Soap, Black Sponge, Best Water, Sheet Pack, Oil Water sehingga ke Water Cream kolin try.
Lihat lah sendiri keadaan kedua-dua belah tangan kolin, sebelah kiri kolin dah try semua step yang ada dalam rangkaian Black Paint. Memang soft sangat kulit tangan kolin. Buat makluman, produk ini menunjukkan hasil dalam masa sebulan ke dua bulan bukan cepat tau. Sebab produk ini tiada langsung bahan kimia dan disebabkan itu ianya memberi kesan yang lambat. Tapi percayalah, dengan pengunaan produk Black Paint ini secara berterusan memang mampu menutup semua lubang pori-pori di muka. Bayangkan produk ini boleh juga digunakan ke atas bayi. Memang semua berasaskan semulajadi.
Majlis Pelancaran Produk Black Paint ini tiada Akohol dan Bahan Tiruan ini diserikan lagi dengan kehadiran Presiden of Black Paint Kyoto Japan iaitu Ms. Miyuki Maeda. Beliau berbesar hati berkongsi dengan semua rakan media dan blogger mengenai produk beliau yang sangat hebat ini.
Produk yang diasaskan bermula 1998 ini mengutamakan bahan-bahan yang natural dan organic.
Menurut Ms. Miyuki, kulit adalah cermin kepada anggota dalam badan kita. Semua orang mampu menjaga kulit masing-masing dengan lebih baik dengan adanya Black Paint yang lebih lembut memelihara kulit.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran para model yang membawa produk Black Paint bagi memperkenalkan kepada semua tetamu yang hadir.
Untuk yang ini mendapatkan penerangan penuh mengenai produk Black Paint ini boleh lah melayari www.blackpaint.com.my dan emel info@sciencegates.com
Terima kasih Black Paint atas jemputan pelancaran dan hidangan sushi enak dari Saeka Sushi sebagai hidangan makan tengahari. Kolin dah dapatkan set penjagaan lengkap dari Black Paint. Korang semua jangan lupa ke kaunter Black Paint yang terdekat dan dapatkan penerangan penuh mengenai produk yang hebat ini. Untuk maklumkan korang, black sponge dari Black Paint ini berupaya menanggalkan bintik-bintik hitam di muka tau. Memang flawless kalau pengunaan yang berterusan ok.
Love,
Kolin Zainal
Sangat tersuka nak mencuba produk Paint Black ni... bestnyer tiada kimia langsung!
ReplyDeleteyup..true..
Deletewill try the trial set soon heheheh...