Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Resipi KETUPAT SOTONG

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin bukan orang pantai timur tau, tapi sekarang informasi di internet tak membataskan kita semua kan. Siapa sahaja boleh cuba resipi baru dengan google sahaja atau cari di facebook. Anggaplah satu ilmu yang dikongsi kan bila resipi hidangan kita sedap. Betul tak?!

Raya Aidiladha yang baru berlalu kolin tambah menu baru dalam hidangan lauk raya kolin sekeluarga. Buat tak banyak sebab first trial. Next time memang boleh lah masak lebih sikit kan. Sebab rasa macam pandai.


Inilah antara bahan yang kolin perlukan masa nak buat KETUPAT SOTONG ini.

Sotong segar dalam 15-20 ekor - pilih yang agak besar sikit
Beras pulut
Santan
Bawang besar
Halia
Halba
Garam
Gula 

Semua bahan di atas ini tiada sukatan, kolin ikut rasa sendiri sahaja. 

Lidi pendek atau cungkil gigi jangan lupa. Ianya macam kunci lah masa merebus nanti tak kasi beras pulut yang kita sumbat tu terkeluar. 

Cara nak buat:

Sotong dibersihkan dan buah lapisan merah pada kulit sotong. 
Rendam beras pulut selama 15 minit bersama santan dan jua garam.
Kemudian masukkan beras pulut ke dalam sotong, Jangan padat sangat sebab nanti bahagian hujung tu nak sematkan lidi atau kunci kan.
Rebus sotong yang telah siap di isi pulut  di dalam periuk sehingga beras pulut masak, 
Dalam 10-15 dah masak, terus toskan sotong tu.

Selepas itu masukkan sotong yang ditos ke dalam periuk, kali ini masuk santan, bawang besar, halia, halba, garam sikit aje dan gula ikut suka korang. 

Tunggu dalam 10-15 minit ...dah siap!~


Sedap weeiiii..pandai giler orang pantai timur cipta resipi ni tau.
Tahniah dan sayammmm orang pantai timur..sedapp 80 kali ganda.

Untuk korang, sila lah try...sure tak pandang orang sebelah..lemak-lemak gitu beb.

Love,

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you