Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Restoran Chief Ikan Bakar di Selayang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari tu kolin sekeluarga lapar sangat. Bila dah dapat gaji nak lah makan sedap-sedap kan. Sekali waze punya waze, nampak Restoran Chief Ikan Bakar jalan ke arah Ulu Yam ini. Kalau korang nak pergi, selepas kolam renang awam Selayang tu, dalam 800 meter perhatikan sebelah kanan korang. 

Restoran ini betul-betul tepi jalan dan ruang parking pun terhad sahaja.  
Itu lah sebab gambar entrance yang kolin snap pun tak penuh.
Sebab jarak dekat sangat.


Menyajikan masakan ala thailand dan jua seafood, pendek kata apa sahaja yang korang teringin boleh makan. Ada aiskrim, rojak, pelbagai kerabu dan juga keropok ikan untuk pembuka selera. 



Untuk yang nak makan ikan fresh atau makanan laut lain pun ada kat sini.


Selain apa yang korang boleh order dari ala carte dan juga di barisan makanan laut segar ini. Restoran Chief Ikan Bakar di Selayang Tua ini juga ada pelbagai pakej ekonomi. Ada yang untuk makan berdua, bertiga atau berempat yang boleh korang pilih. Pilihan lauk pun macam-macam ada. Kali ni kolin sekeluarga ambil pakej RM81 untuk makanan 4 orang. Air teh ais dan 3 sirap, keropok, kerang bakar jumlah bil makan malam kami hari tu hampir RM108.50.

Jom tengok cara hidangan di sini.

keropok ikan

kerang bakar - untuk RM5 macam sikit jugak kuantiti nya..mungkin kerang dah mahal kut

sayur asparagus goreng

daging masak merah

tomyam seafood

bawal tiga rasa...

yang tak sempat nak ambil gambar nasi putih dan jua telur dadar. 
Memang hidangan ni agak besar untuk keluarga kecil kami tau. 
Tercungap-cungap jua nak habiskan semua lauk pauk. Akibatnya kolin meratah lauk lebih daripada makan nasi. Tapi kolin suka persekitaran dan hiasan restoran ini.

Walaupun ramai orang, cepat sangat servis dan peramah. Apa sahaja korang order cepat sampai.
Lagi satu, kalau datang beramai-ramai jangan risau akan saiz hidangan yang mereka sajikan.
Kolin sure korang bepuas hati. Yang paling penting rasa masakan mereka memang rasa asli 
dari Thailand. Cukup rasa, cukup pedas dan berselera sangat kami sekeluarga makan.


Inilah wajah dua hero kolin yang habiskan semua lauk dan nasi malam tu.
Semua habis dan alhamdulillah tiada pembaziran ye.
Lupa nak bagitau, kat sini ada jua jual bubur manis kalau korang semua nak try.

Jangan lupa ok, try la makanan laut mereka jua. Tak perlu nak pergi jauh-jauh macam Kuala Selangor tu dah. Kat Selayang dalam 15 minit dari Jalan Kuching dah sampai kat sini.

Jangan lupa try ok...ini review ikhlas tau !!

Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you