assalammualaikum dan salam sejahtera
Pelancaran ini yang berlangsung di
Pavilion Kuala Lumpur, bakal menampilkan Ultraman dan Villains di Resorts
World Genting dari 5 November 2016 sehingga 2 Januari 2017. Semua
peminat dapat bersalaman dan juga bergambar bersama Ultraman Zero, Ultraman X
dan Ultraman Leo dari 9 sehingga 18 September 2016 semasa pelancaran
road
show mereka di Pavilion,
Tokyo Street yang lalu. Haaa...
seronok kan !!
Mr Kevin Tann, Resorts World Genting
Vice President of Promotions and Entertainment (2nd from left) and Mr Yoshihide
Tanaka, International Business Affair Representative
of Tsuburaya Production (3rd
from left)
'The Ultraman Live in Genting 2016' yang membawakan Revenge of Baltan'
merupakan produksi Tsuburaya Productions Japan dan kesemua persembahan ini
bakal di reka sesuai untuk persembahan di Malaysia. Pelbagai yang akan
dipamerkan sepanjang persembahan di antaranya pentas yang direka berkelas
tinggi yang menjanjikan satu pengalaman yang terbaik untuk semua penonton yan
bakal menyaksikan persembahan mereka nanti.
Buat makluman korang, tiket persembahan
ini boleh dibeli dari merchandise booth yang ada di Tokyo Street Pavilion. Dan
siap ada diskaun istimewa sebanyak 15% untuk semua peminat yang patut mengambil
kesempatan ini. Siapa yang tak pernah tengok Ultraman kan??? Masa kecik-kecik
dulu ini antara animasi atau kartun yang suka sangat kolin tengok. Kini dah
beralih kepada anak-anak pula.
Inilah dia antara peminat yang bertuah
di dalam sesi soal jawab dan setiap seorang dapat sepasang tiket untuk
menyaksikan persembahan 'Ultraman Live in Genting 2016'. Siap posing style
Ultraman lagi.
Bersama menyertai perlawanan menentang
Baltans ialah The Loaf. The Loaf di dalam misi menyelamatkan Ultraman X dan
Ultra Fighters yang ingin memenangi perlawanan mereka. Sila layari Facebook
merkea 'The Loaf Bakery & Bistro di mana outlet yang terpilih
termasuk di Loaf Pavilion menawarkan peraduan dan pelbagai hadiah yang
disediakan untuk korang semua menangi.
Menurut Kevin Tann, Vice President of Promotion & Entertaimen of Resorts World Genting, persembahan bercirikan kekeluargaan seperti Ultraman Live Show ini sememangnya mempunyai nilai-nilai murni dalam mengeratkan kekeluargaan. Di samping itu juga watak-watak Ultraman mengajar kita semua setiap dalam diri masing-masing ada hero dan menjadi orang yang baik.
Pada kolin, siapa yang tak suka
Ultraman kan.
Menurut beliau lagi, persembahan
tahun lepas memang habis tiket. Jadi tahun ini pihak Resort World Genting
menambah lagi waktu pertunjukkan mereka. Persembahan pertama akan bermula dari
5 November sehingga 6 Disember 2016. Manakala persembahan kedua akan bermula
dari 7 Disember sehingga 2 Januari 2017. Ada dua episod lah kiranya. Lebih aksi
tau kali ini.
Semasa pelancaran di Pavilion Kuala Lumpur telah menarik minat lebih 200 orang untuk hadir sama. Seramai 26 kanak-kanak bertuah dapat memenangi 4 tiket menyaksikan persembahan sementara 10 pemenang bertuah dapat dua pasang tiket untuk menyaksikan persembahan
"Ultraman Live in Genting 2016".
Untuk lebih banyak maklumat korang boleh call 03-27181118
atau layari sahaja website ini www.rwgenting.com.
Korang
boleh beli tiket 'Ultraman Live in Genting 2016' - Revenge of Baltan ini pada
harga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Setiap tiket akan ada sekali Jam
Ultraman.
Best
kan !!!
Istimewa
untuk peminat Ultraman yang ingin kedua-dua tiket iaitu persembahan dan juga
penginapan ada juga dari sekarang sehingga 2 Januari 2017. Tiket bermula dari
RM169 untuk penginapan di First World Hotel (XYZ Deluxe Room) dan termasuk
tiket untuk 2 orang. Kalau berempat boleh pilih pakej XYZ Triple Room Package
yang siap sekali tiket untuk 4 orang untuk Ultraman Live in Genting 2016. Pakej
4 orang bermula dari harga RM278 nett.
Jangan tunggu lagi, dapatkan tiket anda dan jom ramai-ramai kita tengok Ultraman !!!
Terima
kasih Resort World Genting !!! Dapat juga kita tengok Ultraman di Malaysia kan.
Love,
Kolin
Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you