Assalammualaikum semua !!! Best tak cuti panjang sempena Pesta Cahaya, kolin macam biasalah duduk rumah. Manafaatkan cuti panjang dengan melepak dengan anak-anak dan keluarga. Dan semalam kolin ada pergi satu tempat yang kolin rasa mesti ramai yang suka nak pergi. Maklumlah sekarang kan ramai suka run, masuk hutan, panjat bukit, panjat gunung kan. Ini ada satu tempat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tempat yang sangat mendamaikan dan best giler. Tak perlu keluar modal banyak pun, hanya keluarkan peluh sahaja. Kesilapan kolin bila ke sini tak plan. So tak bawak air, tak pakai pakaian yang sesuai tapi tetap dapat cover sikit trail yang ada kat Taman Tugu ini. Ianya adalah tapak semaian bersekali dengan laluan hutan yang ada. Ada banyak kalau korang tengok peta kat situ. Menarik kan.
Nak jadikan cerita, disebabkan kami sekeluarga tak pakai pakaian yang sesuai, memasing pakai selipar. Kami hanya dapat jalan 2 laluan aje. Padahal banyak lagi laluan tau, ada juga laluan yang agak bahaya dan licin. So kena datang balik pakai kasut yang sesuai.
Lagi seronok setiap pokok yang ada, mereka label, jadi kita sekeluarga boleh belajar. Ada pokok salak, pokok rambutan, pokok pulai dan pelbagai lagi Usaha mereka yang menjadikan tempat di tengah bandaraya KL macam hutan ini memang best. Kolin sendiri teringat masa kami ke Taman Negara tahun lepas. Tapi yang ini tengah KL dan masih percuma uolsss. Tak tahu lah kalau nanti-nanti mula ada bayaran kan. Yang semalam kolin pergi memang free sahaja. Tak sabar nak datang balik pagi hujung minggu dan explore semua trail yang ada.
Buat korang yang teringin nak pergi, pergi aje kat Tugu Negara tu...terus naik sampai jumpa ok. Nanti korang akan nampak di sebelah kanan korang. Parking free jugak di sediakan di kawasan Persatuan PPTD tu. Nasihat kolin pakai lah yang sesuai, semalam pergi lalu 2 trail pun dah berpeluh kuyup huhuhu.
Layari website mereka www.tamantuguproject.com.my mungkin ada lebih banyak maklumat yang korang nak. Ianya turut dijadikan tapak semaian pokok-pokok, tapi tak boleh beli laa. Ingat tau, apa yang korang bawa, sila bawa keluar. Jangan buang sampah, sayangi lah alam sekitar kita ye. So sekarang selain dari FRIM, korang boleh lah datang sini untuk riadah sihat sekeluarga kan. Jangan tak pergi uolsss..tengah free tuuuuu, sebelum balik kami wefie lah sekeluarga. Penatt oiiiii.... Redah hutan

Love,
Kolin Zainal
tracking agak adventure juga ye.. haha
ReplyDeletetak pernah sampai lagi kat sini..huhu
ReplyDeletePernah sampai kat depan tu je..pas tu pernah pi tugu negara..baru- baru ni pi pekena kari kepala ikan D'Tugu...adoiii....kena pi jugak tempat macam ni at least bagus untuk kesihatan
ReplyDelete