Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS PELANCARAN ZAKAT2U 4.0

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahniah Pusat Pungutan Zakat Wilayah yang baru sahaja melancarkan kempen terbaru mereka iaitu 

ZAKAT2U Versi 4.0 



Objektif pelancaran kempen terbaru ini adalah untuk memberitahu korang semua lah. Hebahan yang bakal memberikan satu maklumat terbaru terutamanya buat semua Warga Wilayah yang korang dah ada satu lagi kemudahan berzakat tau. Ianya adalah pembayaran secara 'troli zakat' dan lain-lain lagi kaedah baru menerusi zakat2u versi 4.0 yang baru sahaja dilancarkan.





Majlis ini telah disempurnakan dengan meriah oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.  Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) kini boleh dicapai melalui www.zakat2u.com.my versi 4.0 yang mempunyai pelbagai teknologi terbaru yang sudah tentunya memudahkan orang-orang yang suka melayari talian macam kolin. Kita kan suka semua online sahaja. Kalau boleh nak beli barang dapur basah pun nak order online uolss. Disebabkan itu korang yang nak tunaikan kewajipan pun dah dipermudahkan ye. Tiada yang susah nak membayar zakat sekarang ni. Versi 4.0 ini memang terbaik buat semua pembayar zakat. 



Antara kelebihan terkini yang disediakan menerusi Portal www.zakat2u.com.my (Versi 4.0) adalah:

*Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas

*Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat

*Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya

*Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat

*Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger

Hebat kan PPZ-MAIWP sekarang, semua dah dipermudahkan. Jemput klik tau link tu dah tengok sendiri betapa maju versi 4.0 ini. Tahniah buat agensi yang tak jemu-jemu meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka bagi kita semua berzakat. Itu pun ada yang liat lagi tak mahu berzakat. Kalau korang nak tahu lebih banyak maklumat call sahaja di Talian Zakat 1-300-88-5757 tu. 





Tak sabar nak buka portal ini dan mula mengajak kawan-kawan di semua berzakat. Tak tahu nak berzakat berapa banyak, buka portal dan kiraan semua ada kat situ tau. Terima kasih ajak kolin datang ke event yang penuh ilmiah ini. Semoga korang yang baca pun dapat manafaat juga ye. Jom berzakat korang, semoga bertambah-tambah murah rezeki kita semua ya. 



PPZ-MAIWP memudahkan anda berzakat



Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

  1. Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

    ReplyDelete

loving me..loving you