Assalammualaikum semua, kali ini kolin nak share dengan korang yang kaki makan cendawan. Kolin sekeluarga kalau makan cendawan goreng tu, sekilo pun tak cukup tau. Itu yang sekali goreng memang sekilo. Nak murah dan berbaloi kena pergi beli kat AEON Big lah. Cendawan tiram putih atau kelabu satu paket 500gram tu baru RM6 tak silap. Beli dua paket masak lah sampai jemu orang kata. Dan kalau ikutkan semua nak yang ranggup, tak mau berminyak atau hangit. So ini lah dia kolin nak cerita macam mana kolin masak cendawan goreng tepung ini.
Nak masak senang aje, basuh bersih-bersih semua cendawan tu. Kolin masukkan sebiji telur, tepung gandum dan jua garam. Itu sahaja dan gaul rata-rata semua. Paling penting kuali, rupanya tak boleh guna kuali hitam cap kampung tu. Kolin pakai tefal, haaa jangan nak kata berlagak pulak hahahah. Sebab tefal dia akan ranggupkan cendawan tu dan tak hangit. Best kan!!! Paling penting minyak pun cendawan tak serap weii...Itu lah rahsianya...
Cendawan confirm ranggup dan garing dan sedap jadinya. Tak lah hitam atau hangit. Sebab kajian kolin sebelum ini kolin guna kuali biasa tu. Tak jadi laaa..lagi satu serap minyak..lelama minyak makin sikit. Tapi bila guna kuali hak tefal tu, elok pulak. Minyak pun tak berkurang. Lagi best masa tapis minyak tak laaaa berkilo minyak tu.
Haaa..siapa yang guna kitchen towel atau tisu dapur boleh stop guna dah. Kolin guna tapis besi ini di beli kat ecoshop RM2 sahaja. Alas dengan pinggan aje, nanti minyak jatuh situ. Jimat dan go green tau, tak perlu guna tisu nak serap minyak dahhh.
Kalau goreng ayam, ikan, karipap segera pun boleh terus buh dalam penapis tu. Bagus kan..
Buat korang yang nak goreng cendawan boleh lah cicah sos thai tu karang. Ingat ye..guna kuali mahal iaitu TEFAL yang tak melekat tu. Confirm sedapppp cendawan goreng tepung korang oii..masa masukkan tu minyak kena panas-panas tau. Sedapppp terus cendawan goreng tepung kita tau. Selamat mencuba!
Love,
Kolin Zainal
aduhhh...dah kena beli Tefal pulakkk...ape ni tipsss mahal...hahaha
ReplyDeleteHaah kena beli Tefal la pula. Susah gak teknik ni hihi :D
ReplyDelete