Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

FLOWER CHIMP akhiri tahun 2018 dengan Kempen yang best-best

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin pernah berkongsi dengan korang rasanya mengenai servis mereka ini. 'Lafazkan dengan bunga' melalui Flower Chimp. Semua korang boleh, nak hadiahkan sebab sayang, tanda terima kasih, semoga cepat sembuh dan pelbagai cara lagi. Sekali lagi di blog picisan ini kolin nak berkongsi dengan korang semua kempen yang ada. Di penghujung tahun 2018 ini, Flower Chimp telah melancarkan kempen di bulan November dan Disember ini. Antaranya bermula dari bulan November, mereka akan melancarkan kempen baharu ini bagi semua para pelanggan menikmati bunga-bungaan segar pada harga berpatutan dengan penghantaran secara PERCUMA ke seluruh negara di semua pasaran iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan jua Singapura.


 Solo pun seronok, sambutan 11.11

Walaupun korang ni belum berpunya atau single tu, boleh aje kalau nak menceriakan hari dan order lah bunga segar untuk rakan anda. Manalah tau korang boleh menukar hari seseorang yang murung kepada yang lebih gembira kan. Tambahan pula sekarang mereka promo diskaun 11% tu. Jangan lupa untuk tengok jambangan bunga klasik seperti Jade atau 12 kuntum bunga rose merah, atau tengok sahaja bunga Purple Hues yang dijual harga biasa pada harga RM99 sahaja. Promoi ini sah dari 1 sehingga 11 November 2018 di Malaysia tau. 
Kita semua maklum yang kita bakal meraikan pesta cahaya atau Deepavali. Untuk itu juga sudah tentu hamper dan gubahan bunga sebagai penyeri kan. Dengan mereka korang boleh order juga tau. Ada pelbagai pilihan dari harga RM189 sehinggalah RM649. Itu yang kolin cakap korang kena terjah website mereka iaitu https://www.flowerchimp.com/ baru boleh tengok sendiri pelbagai gubahan bunga bagi hiasan dalaman meraikan kemeriahan Deepavali atau order hamper untuk diberikan kepada rakan yang menyambutnya. 




Promosi dengan Deepavali ini hanya sah dari 1 sehingga 7 November 2018 tau. Sementara ini boleh lah tengok nak order yang mana satu. 

Kalau itu bulan November, jangan lupa sambutan Hari Natal di Bulan Disember. Itu pun Flower Chimp ada buat kempen mereka sendiri. Nak Santa Baby, Christmas Carol, The Fir Tree, Letter form Santa atau Papa Panov pun boleh. Sementara stok masih ada tu. Yang kolin pasti mereka memang memberikan khidmat yang terbaik buat semua pelanggan Flower Chimp.



Lihatlah sendiri betapa lawanya gubahan mereka kan. Korang jangan lupa gunakan promo kod BIGBANG20 untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM20 ke atas semua pembelian tanpa had minimum okay. Terhad lah satu tebusan untuk satu pelanggan, boleh guna sekali aje. So korang tawaran ini sah sampai 31 Disember 2018. 

Kolin harap dengan perkongsian ini korang boleh lah acah-acah 'sweet' dan mula beli bunga untuk yang tersayang okay. Jangan kedekut wei, lagipun kan ada kod diskaun tu, rugi tak guna. 

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you