Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pak John Steamboat & BBQ di IOI Mall Putrajaya

Assalammualaikum korang semua, hari ini kolin nak berkongsi lagi cerita beb. Cerita bab makan pulak laa kali ini, kolin sekeluarga hari minggu memang suka lah nak pergi makan kat luar. Al-maklum lah kalau hari bekerja, masak ala kadar dan makan kedai yang dekat dengan rumah. Hari minggu, quality time kan, masa ini lah kami sekeluarga mencari-cari tempat makan baru untuk dicuba. Dan kolin dengan rasa gembira nak share dengan korang semua pengalaman kolin. Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di GE-11, Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya ini senang untuk dicari. Korang terus ke Symphony Lane tu, bahagian luar ada kolam air. Haaaa..sepanjang mengadap taman luar tu, korang boleh lah cari restoran ini. 



Restoran yang berkonsepkan makan secara buffet ini memang bagus untuk sekeluarga. Lagi pun ianya family friendly lah, anak-anak pun boleh datang enjoy makan. Eh, masa kolin makan siap ada sambutan hari lahir wei. Satu restoran lagu happy birthday bergema tau, staff sporting sangat bawa kek sampai nyanyi lagu. Jadi buat korang kalau nak suprise kawan, yang tersayang atau keluarga boleh ke sini ye. Memang tempat yang sangat bersih, lawa dan susun atur yang sangat simple.



Kalau itu ruangan makan, marilah kita tengok apa hidangan yang ada. Lebih 150 hidangan lah kolin rasa ada kat sini. Dengan harga yang dikenakan berbaloi sangatlah bila dapat gaji belanja yang tersayang makan di sini. Huuiiiii..paling best kalau korang jenis perangai sama kolin. Jenis suka meratah lauk hahahah, kolin tak makan nasi, mee atau apa-apa tapi suka makan lauk pauk. Eh kat sini ada nasi kalau nak, cuba kolin lebih kepada lauklah. Kalau suka makan makanan laut dan daging memang terbaik. Perapan mereka sangat sedap tau. Lagi satu yang kolin perasan, air minuman di sini free flow, sebab sesetengah yang pernah kolin pergi, air di caj berasingan. So baik ke sini aje, lebih murah rasanya, air minuman pun ada pelbagai jenis tu.







Tengok lah kami sekeluarga enjoy makan, bukan orang tua aje, anak-anak pun boleh merasa masak-masak. Kuah pula korang boleh pilih tau, ada Prawn Soup, Tomyam Soup, Miso Soup, Chicken Soup dan Curry Soup. 



Mana yang nak makan pemanis mulut tu, ada ABC, ada kuih muih, aiskrim dan juga buah-buahan. Pada kolin lah, pilihan terlalu banyak sampai kolin tak tahu nak pilih. Itu yang kolin nak cakap, kalau korang ada keluarga yang nak makan macam-macam baik ke sini. Mereka boleh datang dan buat pilihan nak makan apa, segalanya ada di sini. Dan kolin pasti ianya pasti memenuhi selera semua orang. 





Pak John Steamboat & Grill jua mempunyai kakitangan yang sangat rajin tau, meja korang kalau penuh dengan pinggan cepat aje mereka clearkan, lagi best kalau tempat grill tu dia alas dengan kertas khas tu, mereka tukar cepat-cepat kalau dah nampak comot. Itu yang kolin suka, setakat ini tak sendat, tempat bakar dan steambot besar boleh lah nak masak sekali banyak tu. 

Inilah pengalaman kolin sendiri sekeluarga makan di sini. Buat korang yang kekadang buntu tak tahu nak makan kat mana sekeluarga hujung minggu tu, boleh lah datang ke sini. Memang tak rugi, harga bawah RM50 dan menu pula lebih dari 150 hidangan yang ada. Mana nak dapat kan, murah sangat ni. Tempat pun tak sendat, tak padat, malahan korang boleh aje tempah sebelum datang tau. Call 03-89571128 dan tempah lah meja korang. Itu kalau nak anjurkan majlis apa-apa atau reunion memang elok tempah dahulu tau. Karang kolin takut full pula, kecewa korang tak merasa.

Jangan lupa tengok dan klik website mereka iaitu www.pakjohn.com atau www.facebook.com/pakjohn.ytf atau www.instagram.com/pakjohnbbq



Selain IOI Putrajaya, E-Curve Mutiara Damansara pun ada tau. Jangan lupa cuba ye, kolin pasti ianya sangat berbaloi !



Love, 

Kolin Zainal

4 comments:

  1. meriah tgk byk pilihan tu..tk pernh try lg mkn kt pakjohn ni..yummmyyy

    ReplyDelete
  2. Pak John tetap menjadi pilihan SA dan family..sini the best so far

    ReplyDelete

loving me..loving you