Assalammualaikum korang dan harap semua sihat-sihat selalu. Minggu lalu, kolin gembiralah bila di jemput hadir sama ke Majlis Santai bersama Mufti Wilayah Persekutuan iaitu S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Siapa yang nak lepaskan peluang kan, berjumpa dengan orang hebat dengan ilmu. Dapat tengok dengan jarak dekat memang 'dream come true'. Jangan kata jumpa artis aje kolin excited, jumpa Dato' Seri Mufti pun kita excited tau. Haaaa... Buat yang tidak kenal tuuuu, inilah orangnya yang duduk di tengah-tengah. Ingat tak surat terbuka buat Neelofa tuu. Ini laa dia Mufti Wilayah Persekutuan. Orangnya simple aje :)
Majlis yang penuh ilmiah ini di hadiri oleh pelbagai agensi, pertubuhan mahupun NGO. Malahan tiada topik !! Korang bayangkan, apa sahaja mengenai keraguan yang korang ada, boleh terus lontarkan kepada Dato' Seri Mufti. Dengan senyuman soalan itu di jawab satu-persatu. Antara soalan pasal tanah pusaka, pasal nikah kahwin. Malah isu yang baru-baru ini pun ada juga, alah isu tajuk Drama Isteri Untuk Disewa itu. Korang boleh ke laman rasmi FB Dato' Seri Mufti dan baca sendiri surat terbuka tu.
Memang kita pandang ringan, tapi teguran yang ada untuk kita semua perbaiki diri kan. Kolin dapat rasakan majlis yang simple, yang mudah dan paling penting semua orang rasa selesa ini memang patut dibuat selalu. Bukan apa, sambil tanya soalan, korang boleh makan-makan, minum. Lagi best, tiada fokus sangat pasal zakat pun, korang boleh bagi soalan mengenai apa sahaja. Memperlihatkan sesi santai tu menjadi lah kan...memang santai ajee majlis petang tu. Dan kalau tiada majlis macam ini, memang segan laa nak tanya Dato' Seri Mufti apa-apa kan. Inilah masa tanya soalan dan terus dapat jawapan.
Memang kita pandang ringan, tapi teguran yang ada untuk kita semua perbaiki diri kan. Kolin dapat rasakan majlis yang simple, yang mudah dan paling penting semua orang rasa selesa ini memang patut dibuat selalu. Bukan apa, sambil tanya soalan, korang boleh makan-makan, minum. Lagi best, tiada fokus sangat pasal zakat pun, korang boleh bagi soalan mengenai apa sahaja. Memperlihatkan sesi santai tu menjadi lah kan...memang santai ajee majlis petang tu. Dan kalau tiada majlis macam ini, memang segan laa nak tanya Dato' Seri Mufti apa-apa kan. Inilah masa tanya soalan dan terus dapat jawapan.
inilah dia antara jemputan yang hadir
Mana yang tak tahu, Pusat Pungutan Zakat Wilayah hanya mengutip zakat tau dan pihak Baitulmal yang buat agihan zakat. Masa majlis itu, perkara ini ditegaskan sekali lagi. Kadang sedih juga bila orang hentam dalam Media Sosial, pusat zakat tak buat apa, pusat zakat ada birokrasi. Beb....kalau nak mohon zakat di Baitulmal tu, borang sekeping aje kata Dato' Seri Mufti. Haaa....punya lah senang. Satu lagi kolin nak pesan, korang kalau nampak orang susah, jangan lah terus viral ke Media Sosial tu. Korang call nombor ini terus laporkan..ini nombornya...1 300 88 5757. Talian ini toll free tau, kalau rasa susah terus klik FB mereka www.facebook.com/pusatpungutanzakat tu, pm page mereka dan mengadu lah terus. Dan kalau rasa agihan tu tak dapat kat orang itu atau orang ini pun boleh terus call Baitulmal. Itu lah antara yang Dato' Seri Mufti kata, laporkan sahaja. Jangan lah pulak share terus tanpa usul periksa, sok cari pahala dapat dosa oii..Haaa nampak tak kakak sekarang dah pandai bebel hahahahhah. Ni lah hobi berkongsi pendapat di blog wei, nak tulis apa pun boleh janji yang elok-elok tauuu.....
Haaaa...takut korang tak perasan, Pusat Pungutan Wilayah, untuk WILAYAH sahaja aje ye. Jangan ingat satu negara Malaysia pulak, setiap negeri ada pusat zakat mereka sendiri. Mereka tak perasan tu, itu yang diperjelaskan lagi dalam majlis ini.
Yang hadir pun orang-orang hebat dalam perniagaan. Bertuah kolin di jemput hadir sama. Kolin harap kalau korang dapat jemputan atau terbaca informasi mengenai majlis sebegini kat mana-mana, sila lah sukarela pergi. Bukan nak tunjuk kita ni baik sangat, tapi korang tak akan tahu apa ilmu yang korang akan dapat bila hadir sesi santai selama 2 jam tu. Yang penting, kolin dapat bergambar dengan Dato' Seri Mufti tuuuu......
Thank you PPZ-MAIWP yang sudi menjemput kolin dari blog alialisakreatif.blogspot.com ini untuk hadir sama. Nanti jangan lupa jemput lagi tau!!!!
Love,
Kolin Zainal
Meletop kau nok..hehehe..sesekali attend majlis ilmu memang bagus..banyak perkongsian yang kita boleh dapat kan..
ReplyDeleteye best weii..gelak gelak ajee punn
Delete