Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kasut sekolah demi kesihatan kaki dari SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog kolin yang sudi bertandang hari ini. Kita dah nak cuti sekolah, tapi persiapan untuk naik sekolah di tahun baru tetap ada kan. Ada yang dah mula cari kasut, persiapan baju, alat tulis malah kasut sekolah. Hari ini kolin nak buka minda korang mengenai kasut sekolah dari SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE yang memberikan perlindungan penuh kepada si pemakai. Mesti korang cakap, eh budak-budak ada masalah kaki ker, boleh ke sakit kaki atau sakit belakang. Yeee memang boleh laaa wahai ibu bapa semua. Anak-anak kita kadang dalam tidak perasan beli sahaja kasut sekolah yang di pasaran dan ianya tidak memenuhi kesihatan kaki anak. Gambar kat bawah tu, semua anak-anak sedang gayakan kasut sekolah dari Sunfeet lah tau. 




Tau atau tidak, kalau korang ke Sunfeet, kaki anak-anak akan dianalisis. Tahu atau tidak sekali lagi, kaki anak-anak ada pelbagai jenis, dan kebanyakkan tapak kaki jenis flat tu kena sokongan. Dan kalau kita tak mula dari sekarang, masalah itu akan berpanjangan sehingga mereka dewasa. Malah ada yang mengalami sakit berpanjangan sehingga perlu dibedah !!! Takut kannnn..kita tak pernah ambil tahu, tapi ini lah dia kolin nak beritahu. Budak berumur dari 4 tahun sehingga 15 tahun masih boleh dibantu dan dibetulkan kaki mereka tau. Dengan promosi terbaru dari mereka iaitu Kempen Go Back to School ini, kita dapat tengok sendiri kasut orthotics yang sesuai untuk keperluan kaki anak-anak kita. 





Sebelum korang nak pilih kasut, anak-anak akan di analisa kaki mereka dahulu. Macam anak kolin ali imran agak flat, tapi kaki masih okay. Buat alisa kaki dia flat dan agak ke dalam sebelah kiri. Menurut Dr. Edmund, mungkin sebab masa dia budak-budak dulu dia selalu duduk 'W Sitting'. Inilah dia kepentingan memeriksa kaki sebelum mendapatkan kasut yang sesuai. Mesti korang terperanjat kan, tapi kalau lepas korang analisa dan tahu masalah kaki anak-anak memasing terus akan dapat kasut sekolah kat sini. 



Anak kolin sekolah sesi pagi dan petang, 5 hari seminggu. Kasut sekolah adalah satu kasut yang selalu mereka pakai, sokongan yang betul amat penting untuk kesihatan kaki anak kita. Perkara yang ini jangan dipandang remeh. Banyak kes dah, cuma kita aje tak tahu. Ini la sebab kolin berkongsi dalam blog ini. Penting untuk kesihatan, kenapa kita tak mahu ambil tahu kannn





Bersempena Kempen Go Back To School - Healthy Feet, Healthy Kid, ada diskaun juga tau. Kolin harap selepas ini lebih ramai ibu bapa buka mata dan tahu mengenai hal ini. Jangan kita sangka orang tua sahaja yang sakit kaki, lutut dan pinggang. Malah anak-anak kita sebenarnya ada masalah kaki juga tau. So kalau nak tahu kena datang ke sini dan analisa. Mereka sangat membantu dan sudi menjawab segala persoalan yang korang ada. Kasut sekolah ada warna hitam dan juga warna putih tau.  Esok sale 11.11 jangan lupa ambil kesempatan dan dapatkan promosi mereka iaitu Buy 1 Free 1 tuuu




Beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam setiap hari. Korang boleh waze ke alamat ini terus okay:

SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE
Block C, 18, Jalan 19/1
Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan 
No. telefon: 013-9122939

Mencegah lebih baik dari merawat kan. Kolin harap perkongsian kali ini memberikan korang satu kesedaran betapa penting penjagaan kesihatan kaki kita dan juga anak-anak. Siapa sangka kasut sekolah sudah ada yang khas untuk kesihatan. Kita kena berubah dan ambil tahu hal ini. Buat korang yang masih ada informasi yang kurang faham. Terus aje tekan link dan tengok laman web mereka. Semoga apa yang korang tak faham tu dah terjawab. Tapi lagi nak mudah terus ke centre mereka aje macam kolin sekeluarga. Jumpa Dr. Edmund yang peramah tu. Dia sangat membantu tau. Pakar kesihatan kaki berzaman-zaman tu. Dan kalau nak tengok lebih banyak informasi mengenai masalah kaki pun, boleh ke sini juga. Pendek cerita korang memang kena pergi. 




Nak cari kasut sekolah, mohon ke sini dulu okay. Kenali kaki anak-anak dan dapatkan promosi terbaru mereka. Kolin tegaskan...tak rugi!! Tak rugi berhabis untuk kesihatan sekeluarga kan. Terima kasih Sunfeet atas kesempatan yang diberikan kepada kami sekeluarga. Kami gembira dan memang tak sabar nak jaga kaki kami baik-baik demi kesihatan yang berpanjangan. 


Love, 

kolin zainal


1 comment:

  1. Betul..mohon Sunfeet buka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia..anak remaja pun kena gak kenali kaki mereka..nak plak anak dara ku itu yang sangat demand...semua nak main beli je..

    ReplyDelete

loving me..loving you