Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TAHNIAH !!! Pelancaran Album NORRELA, bertajuk MOONSTRUCK

Assalammualaikum dan buat yang lain salam sejahtera. Bukan nak kata apa, kolin bertuah dapat hadir sama di NORRELA'S ALBUM PREVIEW AND LAUNCH HI TEA yang telah berlangsung hujung minggu yang lalu di WOW, Kuala Lumpur (tempat lama Saloma Bistro). Sebelum apa-apa, kolin perkenalkan korang dengan Norrela atau nama sebenarnya Puan Norrela Iznin  Abd. Ghani, iaitu seorang penulis untuk buku 'Memancing Hati Anak Remaja'. Malahan beliau adalah seorang Profesional Trainer dan Hypnotherapist yang Bertauliah. Beliau sudah pun berumahtangga malahan mempunyai 3 cahaya mata lelaki. Tambah buat kolin kagum dengan kesungguhan beliau, beliau juga mempunyai Degree in Applied Biology. Seorang wanita yang hebat!






Apa yang boleh kolin katakan, USIA BUKAN PENGHALANG. Kesungguhan beliau merealisasikan minat dan keyakinan beliau yang menyebabkan adanya pelancaran album kali ini. Norrela berhasrat mengabungkan penulisan beliau dan nyanyian selepas bertahun-tahun menyanyikan lagu orang lain. Kini sudah tiba masakany beliau mula menulis lirik lagu dan berkongsi dengan pasaran tempatan dan jua luar negara. Sama ada suka, duka atau marah semua boleh digambarkan melalui lagu kan. Itu lah sebab semua pengalaman beliau dihimpun di dalam sebuah album yang bertajuk 'Moonstruck'





Norrela sendiri telah menyapa Andy Court, seorang Award Winning Producer di Australia bagi penghasilan album ini. Andy yang telah memenangi 30 award sepanjang penglibatan beliau mengambil peluang dan telah menambahkan melodi kepada semua lirik yang dihasilkan oleh Norrela. Berkat kesungguhan, 10 buah lagu yang indah telah dihasilkan. Menurut Norrela, ini adalah satu pengalaman hidup dan lagu-lagu nyanyian beliau untuk legasi dia dan generasi baru nikmati. 

Buat korang yang teringin nak dengar lagu dendangan beliau boleh ke Youtube dan cari klip video 'Moonstruck dan ' Just Can't Do It Alone'. Kalau bukan kita sokong industri kecil kita siapa lagi kan.  Majlis yang penuh sentimental ini dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat malah kami rakan-rakan media sama menyokong untuk memberikan peluang Norrela di dalam industri musik tanahair. 



Kolin harap sangat, Norrela boleh pergi jauh dan berjaya dalam bidang ini. Sekali lagi, umur bukan penghalang, malah umur adalah pendorong kita buat apa sahaja yang kita mahu dalam itu. Life is too short, jadi cherish whatever you have. Do whatever you want, as long as we happy. 


Congratulations Norrela for your Moonstruck Album



Love,

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. Setuju, umur bukan penghalang bila dah minat kan...tahniah buat Norrela

    ReplyDelete

loving me..loving you