Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION

Baru-baru ini kolin ke Derma Workshop yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia. Di masa yang sama jenama terkemuka memperkenalkan range terbaru mereka iaitu CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION.

Buat korang yang mencari pelembab atau moisturiser kolin cadangkan guna yang ini. Ianya terbukti secara 'dermatological' untuk membantu kulit wajah yang bermasalah. Lagi lah kalau korang ada sensitif skin, elok guna Cetaphil. 

 

Untuk yang kolin cuba ini, ianya skin replenishing water gel terbukti memberikan kelembapan pada kulit wajah selama 72 jam dan ianya mempunyai hyluronic acid & polyglutamic acid.

Cara guna pun senang sahaja. Sapukan rata ke kulit muka dan leher setiap pagi selepas mencuci muka dan jangan lupa sapu sebelah malam juga. Sapukan perlahan, sampai ke leher juga okay. 

Ianya membantu:

1. Melembabkan kulit yang semakin hilang lembapan. Bila kurang lembapan cepat lah kedut tau.

2. Kekeringan pada kulit pun boleh diatasi. So siapa kulit kering tu, kena pakai yang ini.

3. Iritasi macam gatal-gatal tu

4. Kulit kasar dan tidak rata

5. Kulit terasa tegang dan tidak selesa

Untuk semua masalah di atas kolin sarankan pergi terus dapatkan Cetaphil Optimal Hydration.

Review secara ringkas, ianya sangat ringan di muka dan cepat meresap. Ada effect sejuk juga dan kalau di amalkan pagi dan malam memang cepat nampak muka lebih hidrasi dan "toing-toing".

Nak murah beli online aje di https://guardian.com.my/search.html?query=cetaphil&page=1

Sekarang tengah banyak sangat sale dan boleh jimat kalau beli kat link tu. Kalau rajin boleh lah ke Guardian Malaysia di mana-mana yang terdekat. 

Jom cantik sama-sama dengan Cetaphil Optimal Hydration

1 comment:

loving me..loving you