Hey korang semua. Korang selalu pakai tak pelindung matahari atau SPF. Kolin ni terus terang mula pakai dalam 3 ke 4 tahun lepas. Tapi untuk anak-anak seawal remaja kolin dah paksa pakai. Dan memang nampak kulit memang lebih elok tau. So siapa yang tak pernah pakai, sila pakai. Kalau tak pakai nanti cepat kedut haaaa..nak kedut ke hahahah
WARDAH LIGHT MATTE SUN STICK SPF 50PA++
Ikutkan banyak jenama dah kolin cuba. Tapi WARDAH ini antara yang menarik perhatian sebab dia jenis 'stick'. Bila jenis macam ini tak lah kisah jari kita kotor ke apa kan. Dan paling best tak ada kesan putih-putih atau orang panggil 'white cast'. Dia clear aje dan tak melekit-lekit.
Ada ketikanya kolin memang sapu aje atas mekap tau. Kadang terasa macam terlalu lama duduk luar tu. Oh SPF bukan tuk putih ye, jangan silap. Dia lindungi kulit kita supaya lambat penuaan, lindung kulit dari sinar UV yang bahaya dan banyak lagi kebaikan.
WARDAH LIGHT MATTE SUN STICK SPF 50PA++ ini telah di uji secara 'dermatology' untuk kulit sensitif pun boleh cuba pakai tau.
1. 0% Alkohol
2. Sejenis 'matte' dan finishing dia smooth sahaja.
3. Kalis air dan peluh
4. Ianya melindungi kulit dari pencemaran di persekitaran
5. Dihasilkan 'broad spectrum protection' melindungi dari UVA/UVB & blue light (komputer, phone dan sebagainya)
Cara mengunakan: Sapu rata-rata di muka dan leher sebelum aktiviti dan ulang semula sekiranya perlu.
Korang boleh beli online atau pun ke mana-mana farmasi atau mall terdekat. Selalu Wardah ini ada, jenama ni terkenal sebab murah dan berkesan.
Korang belum terlambat nak amalkan pemakaian pelindung matahari atau SPF ni. Cepat beli okay
WARDAH LIGHT MATTE SUN STICK SPF 50PA++
rasanya kak long guna Wardah ni , sesuai dengan dia la tu :)
ReplyDelete